![]() |
| Persamaan antara DAP dan Komunis |
ADA pihak nampaknya tidak senang apabila minggu lalu, Awang menyentuh
tindakan Wisma Putra memanggil Pesuruhjaya Tinggi Singapura, Ong Keng
Yong berhubung penglibatan tiga diplomatnya dalam perhimpunan haram
Bersih 3.0. Lebih-lebih lagi apabila tulisan itu mengaitkan parti paling rasis di
Malaysia iaitu DAP dan PAP, parti pemerintah kerajaan Singapura. Untuk apa resah jika itu memang realiti. Sejarah tidak boleh
dibohongi. Sememangnya PAP dan DAP berasal dari parti yang sama dan
pernah berkongsi sejarah ketika Singapura masih berada dalam Malaysia.
