Showing posts with label PR. Show all posts
Showing posts with label PR. Show all posts

08 September 2013

Anwar Kena Tibai Dengan KJ Lagi @anwaribrahim @Khairykj




Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hari ini membidas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penubuhan kabinet bayangan pakatan pembangkang. Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, Anwar tidak perlu memberi jawapan angkuh sekiranya tidak berani mengumumkan kabinet bayangan pakatan pembangkang.

Menurutnya yang dipetik dalam akaun Twitternya pagi tadi, perkara itu turut digesa oleh pengundi “atas pagar” supaya PR mempunyai kabinet mereka sendiri. Kalau tak berani umum kabinet bayangan, cakap sahajalah tak payah bagi jawapan angkuh.

04 September 2013

Rakyat Selangor Belum 'MERDEKA' Dari Masalah Air, Rumah



Akhirnya Khalid GAGAP Sedar, Bukan Mudah Untuk Mentadbir Sebuah Kerajaan

Oleh : Abdul Razak Idris

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!... Laungan keramat bekas Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj penuh bermakna. Selepas 56 tahun laungan tersebut semakin sayu didengari terutamanya di sebuah negeri yang menjadi negeri termaju di negara ini.

Selangor yang suatu waktu dahulu merupakan negeri yang menjadi lambang kejayaan Barisan Nasional (BN) kini ditadbir oleh Kerajaan Pakatan Rakyat (PR). Pada Pilihan Raya Ke-13 (PRU-13) lalu rakyat memberi peluang kali kedua untuk PR membuktikan mereka memerlukan lebih banyak masa untuk berbakti kepada rakyat negeri tersebut.

Masalah air di Selangor yang dijangka semakin buruk tahun hadapan telah jelas bunga-bunganya setelah berlaku pencemaran sumber air di hulu sungai di Rawang, hingga kawasan takungan air di Kuala Selangor terpaksa ditutup untuk kerja-kerja pembersihan. Rungutan rakyat Selangor di pagi merdeka mengalahkan laungan merdeka tetapi ditukar liriknya menjadi... Air! Air! Air.

23 June 2012

DIMANA KEKUATAN PAKATAN, ANDAI MEREKA BERLAINAN MIMPI?

Gabungan parti di dalam Pakatan, umpama mimpi tiada penghujung

KENAPA pakatan pembangkang tidak berani menggunakan satu lambang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang diramal akan diadakan tidak lewat dari hujung tahun ini? Adakah ini bermakna mereka tidak yakin dengan pakatan yang mereka sendiri wujudkan? Pakatan yang kononnya mampu menggantikan Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan (jika menang PRU13)? Atau masing-masing takut jika menggunakan satu logo, penyokong akan lari?

Kenyataan Naib Presiden PKR, Tian Chua bahawa parti-parti dalam Pakatan Rakyat (PR) tidak akan menggunakan simbol masing-masing walaupun kewujudan pakatan itu diiktiraf oleh Pendaftar Pertubuhan menimbulkan seribu satu tanda tanya akan keaslian dan keikhlasan pembentukan pakatan berkenaan.

14 June 2012

IBARAT KADUK NAIK JUNJUNG

Hanya Sekadar Gambar Hiasan
Seseorang yang kononnya bergelar datuk amat marah dengan artikel saya, “tuntutan Dong Zong biadab”, 28 Mac lalu. Beliau mendakwa artikel saya tidak islamik, merugikan Islam. Beliau tidak putus-putus fakskan surat yang sama kepada saya untuk mendapatkan penjelasan dan bersedia berdebat dengan saya. Apakah dengan gelaran itu sudah cukup hebat dan boleh mengarah orang lain mengikut telunjuk?

14 May 2012

Apabila YB PR menjadi kurang matang

Seisi Dewan awal minggu ini kecoh dan gamat apabila mereka yang bergelar Yang Berhormat dari pakatan berkelakuan seperti ‘Beruk Sarkis Terkena Belacan’. Insiden ini disebabkan apabila Dewan Rakyat membuat keputusan untuk membentangkan laporan yang diputuskan oleh ‘Jawatankuasa Pilihanraya Khas Berhubung Dengan Penambahbaikkan Proses Pilihanraya’.

Jawatankuasa yang ditubuhkan pada 3 Oktober 2011 ini antara lainnya bertujuan untuk mengkaji perkara-perkara bagi memperkukuhkan fungsi SPR dalam menambahbaikkan proses pilihanraya negara agar bergerak dengan bebas dan adil. Hasil penubuhan Jawatankuasa ini seramai 9 orang ahli Dewan Rakyat telah dipilih untuk mengangotai Jawatankuasa ini yang mana terdiri daripada 5 orang (BN), 3 orang (PR) dan 1 orang (Bebas).

Hasil penubuhan Jawatankuasa ini, pada 1 Disember 2011 satu laporan Interim telah dibentang di dalam Dewan Rakyat, sebanyak 13 mesyuarat telah diadakan dengan 6 pendengaran awam, serta mengadakan pertemuan dengan 106 orang yang terdiri daripada mereka yang terbabit secara langsung dengan proses pilihanraya. Serta tidak ketinggalan mengadakan 1 lawatan kerja ke Eropah bagi menilai dan menyemak proses pilihanraya yang dilakukan oleh negara luar.

Akhirnya Jawatankuasa yang dibentuk ini telah mengemukan 22 syor utama yang dibentangkan sebagai laporan akhir untuk dibahaskan di dalam dewan serta meluluskan syor dan cadangan yang dibentangkan itu dengan mengambil kira beberapa faktor:
  1. Kepentingan awam;
  2. Perlu disegerakan;
  3. Boleh dilaksanakan pihak-pihak tertentu dalam jangka masa pendek atau panjang; dan
  4. Berbentuk ‘transformasi’ – penambahbaikan yang membawa perubahan ketara kepada sistem yang sedia ada.

Namun segala usaha itu cuba digagalkan oleh pembangkang apabila Speaker Dewan Rakyat memutuskan untuk membentangkan laporan tersebut kepada ahli dewan untuk dibahaskan. Sejurus selepas YB Datuk Seri Dr Maximus Ongkili selaku pengerusi kepada Jawatankuasa membentangkan laporan tersebut, dewan mula kecoh dan sedikit tidak terkawal apabila Speaker diasak dengan pelbagai soalan. Persoalan demi persoalan mula dibangkitkan oleh Azmin Ali (Gombak) Sivarasa (Subang), Dr Hatta Ramli (Kuala Krai) dan Loke Siew Fook (Rasah).

Tan Sri Pandikar Amin selaku Speaker yang mempengerusikan perbahasan dewan ternyata amat bersabar dengan segala kerenah pembangkang dan mengambil sikap ‘tidak memihak’. Segala persoalan yang dikemukan di jawab dengan teliti bagi memastikan perjalanan persidangan pada hari itu berjalan dengan penuh tertib mengikut peraturan mesyuarat Sidang Dewan Rakyat. Antara hujah beliau, sebarang ketidakpuasan hati yang dibangkitkan oleh wakil-wakil dari pembangkang boleh dibangkitkan ketika membahaskan usul laporan tersebut. Dan sekiranya masih tidak dapat menerima, maka saluran yang terbaik ialah mengemukan usul bantahan agar dipertimbangkan oleh dewan.

Namun pembangkang dilihat dengan sengaja berniat untuk membuat kacau dengan mengemukan perlbagai ‘persoalan yang merepek’ dan tidak masuk akal serta berulang kali bertanyakan isu yang sama, walaupun persoalan itu telah dijawab. Speaker terpaksa mengambil masa sekitar 45 minit untuk menerangkan segala isu yang berbangkit sebelum menangguhkan seisi perbahasan untuk memberi masa kepada ahli dewan berehat untuk makan tengahari dan solat Zohor.

Tepat jam 2.30 petang, dewan kembali kecoh dan riuh dengan jerit pekik ahli dewan dari PR sebagai satu usaha untuk melengahkan aturcara perjalanan mesyuarat. Etika yang ditunjukkan langsung tidak menghormati dewan yang mulia itu sebagai satu badan tertinggi dalam sistem politik negara serta tidak mencerminkan langsung tahap kredibiliti dan intergriti yang tinggi sebagai Yang Berhormat.

Mereka dilihat dengan sengaja cuba mencabar Speaker dengan tindakan tanduk yang kurang ajar dan tidak sopan. Kekacauan dilihat semakin memuncak apabila Anwar Ibrahim melangkah masuk ke dalam dewan. Pada satu ketika Azmin Ali dilihat menengking Speaker dengan perkataan yang tidak sopan dan kasar dan diikuti dengan tindakan Azan Ismail (Indera Mahkota) yang dilhat berulang kali menghempaskan laporan jawatankuasa keatas meja dewan.

Tindakan mereka-mereka ini dilihat cuba untuk menarik perhatian Anwar Ibrahim kerana ia semakin menjadi-jadi sejurus selepas kehadiran Anwar. Seolah-olah bagi menyampaikan mesej kepada Anwar agar mengambil kira pengorbanan mereka ini yang bertindak sebagai beruk sarkis untuk dicalonkan semula di dalam PRU13.

Kemuncak dari perbuatan ini, Speaker telah mengarahkan Azmin Ali, Sivarasa dan Dzulkefly Ahmad untuk keluar dari dewan kerana berulang kali cuba menganggu aturan urusan mesyuarat dewan. Sejurus selepas membacakan keputusan itu, kesemua ahli dewan dari PR dilihat berdiri sambil menjerit-jerit ‘leave the chair’ dan ‘shame on you’ kononnya sebagai tanda bantahan dan tidak berpuas hati dengan keputusan itu.

Datuk Bung Mokhtar (Kinabatangan) ketika cuba membahaskan laporan ini acap kali diganggu sehingga menyebabkan perbahasannya terhenti beberapa kali. Suaranya juga hampir tidak kedengaran ekoran dari jerit pekik pembangkang yang diketuai oleh Anwar Ibrahim dan saling tak ubah seperti di dalam sarkis dan zoo.

Ekoran kekecohan itu, satu usul telah dibawa, agar dewan membuatkan ketetapan agar laporan jawatankuasa tersebut diterima tanpa bahas. Setelah membacakan usul itu, semua penyokong BN bersetuju agar laporan tersebut diterima sepenuhnya, dan Speaker dewan terpaksa memutuskan untuk menerima laporan tersebut tanpa bahas sebelum dewan ditangguhkan pada keesokkan harinya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...