Showing posts with label Khairy Jamaluddin. Show all posts
Showing posts with label Khairy Jamaluddin. Show all posts

01 February 2014

#PRKKajang @Khairykj Bagi Amaran, Jangan 'Sentuh' Lee Chong Wei



SHAH ALAM - Susulan cadangan parti komponen BN yang ingin meletakkan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei sebagai calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menegaskan tidak akan membenarkan perkara itu berlaku.

Khairy melalui laman mikro Twitternya berkata, Chong Wei adalah "harta" negara dan tidak boleh disentuh untuk tujuan PRK Dun Kajang.

#PRKKajang Chong Wei Terkejut Dicadang Untuk Lawan @anwaribrahim di Kajang



SHAH ALAM- Pemain perseorangan badminton dunia, Datuk Lee Chong Wei terkejut ketika diajukan soalan tentang cadangan beberapa pihak supaya beliau bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang.

Menurutnya, beliau langsung tidak mengetahui tentang cadangan agar beliau menukar haluan dan mencuba nasib melawan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam arena politik.

29 January 2014

@Khairykj @realDrMAZA @zaidibrahim @SultanMelaka_ KJ Sarankan Anwar Ditabal Sebagai Sultan Melaka



Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyelar tindakan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang dilihat cuba mempersendakan sistem demokrasi negara. Menurut Khairy, tindakan PKR yang sengaja meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding adalah merupakan pendekatan ‘lawak’ dan menyarankan Ketua Pembangkang menobatkan dirinya sebagai Sultan Melaka.

“Apa punya lawak. Ada baiknya, tabalkan diri kamu sebagai Sultan Melaka” ujar beliau di laman sosial Twitter.

27 January 2014

@Muhyiddin Yassin @idrisjusoh Cikgu 'LEMBU' Patut Dibuang, Bukan Pindah, Kata Khairy Jamaluddin @KhairyKJ @Reginalah



Kali ini tanpa segan silu penulis SANGAT SETUJU dengan kenyataan Menteri Belia dan Sukan ini, Khairy Jamaluddin.

Setelah perkara ini menjadi besar dan laporan polis telah dibuat namun sebagai balasan, hanya permohonan maaf yang terpacul keluar dari mulut guru Cina ini. Adakah Kementerian Pendidikan mahu lepas tangan dan membiarkan perkara ini berlalu begitu sahaja?

10 January 2014

Nalla Cabar Anwar Untuk Teruskan Saman Fitnah @anwaribrahim


Bekas rakan karib Anwar, Datuk S. Nallakaruppan semalam menggesa agar kes saman fitnah yang dikemukakan terhadapnya dapat diteruskan dengan segera. Menurut ahli dewan negara itu, kes saman fitnah yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang perlu disegerakan dan tidak ditangguhkan lagi.

Nala di dalam satu sidang media yang diadakan sebelum ini berkata, sepanjang persahabatan mereka selama 30 tahun banyak rahsia Anwar yang cukup diketahuinya termasuk yang berbentuk peribadi.

19 October 2013

@AliHamsa55 @NajibRazak @Khairykj @shaberyc K-POP : KSN PERLU SIASAT KSU KBS KERANA BERI MAKLUMAT PALSU





Laporan Ketua Audit Negara yang diedarkan di Parlimen pada sidang Parlimen lalu nyata mendapat perhatian ramai khususnya di kalangan pembangkang. Mereka membangkitkan kononnya kerajaan Barisan Nasional telah melakukan ketirisan dan keborosan sama ada melalui kementerian mahupun agensi kerajaan dalam mengurus tadbir kewangan negara.

Antaranya isu perbelanjaan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ketika dipegang Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berhubung bayaran RM 1.6 juta untuk artis K-Pop dari Korea.

17 October 2013

Pesanan Buat Generasi Muda @Khairykj @emysamsudin




Abad ke-21 adalah abad orang muda sekarang. Dalam tempoh terdekat, Malaysia akan berada di tangan atau di bahu kepemimpinan orang muda. Sewaktu menjelang fajar hari pertama 2020, anak-anak yang lahir pada hari pertama tahun 2000 akan menyambut hari jadi ke-20. Mereka yang lahir 20 tahun sebelum tahun 2000 akan berumur 40 tahun. Pada usia matang itu, ada kalangan mereka sudah berada di barisan kepemimpinan dan pentadbiran negara.

Golongan Pemuda dan Puteri UMNO sekarang tentu mengalami pahit maung berada dan bertarung di gelanggang politik. Mereka yang berada di luar politik atau dalam parti politik yang lain sekalipun masing-masing ikut merasai gelombang kehidupan berpolitik.

Pemilihan Sayap UMNO: Langkah Pertama Ke Arah Melengkapkan Transformasi @Khairykj




UMNO telah lama membela Melayu dengan memberi berbagai tongkat serta membina benteng pertahanan agar bangsa ini dapat berdiri teguh dan terus hidup di celah-celah kemajuan negara. Namun, pertolongan UMNO itu sentiasa dipandang serong sebagai berunsur rasisme dan juga kronisme. Oleh itu, UMNO sentiasa dipaksa untuk menepis dan membela diri walaupun hakikatnya apa yang dilakukan adalah murni serta menjadi kunci keamanan, kestabilan dan kemakmuran negara ini.

Walau bagaimanapun, akhir-akhir ini, UMNO dilihat semakin ‘segan’ untuk membela diri malah turut menerima tuduhan rasisme dan kronisme sebagai benar. Justeru, terdapat asakan dari dalam UMNO sendiri untuk berubah, untuk ‘transform’ atau ‘reform’ sepenuhnya agar lebih ‘relevan’ dan tidak perlu lagi ‘defensive’ atau ‘apologetic’ kepada sesiapa.

08 September 2013

Anwar Kena Tibai Dengan KJ Lagi @anwaribrahim @Khairykj




Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hari ini membidas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penubuhan kabinet bayangan pakatan pembangkang. Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, Anwar tidak perlu memberi jawapan angkuh sekiranya tidak berani mengumumkan kabinet bayangan pakatan pembangkang.

Menurutnya yang dipetik dalam akaun Twitternya pagi tadi, perkara itu turut digesa oleh pengundi “atas pagar” supaya PR mempunyai kabinet mereka sendiri. Kalau tak berani umum kabinet bayangan, cakap sahajalah tak payah bagi jawapan angkuh.

31 August 2013

‘Bapa Munafik Negara’ Terdesak, Ajak Kerajaan BN Dialog




Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menyifatkan cadangan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan dialog terbuka bagi membincangkan isu kebangsaan sebagai satu tindakan terdesak.

Beliau berkata Anwar semakin ketandusan idea setelah usahanya mengadakan demonstrasi menentang keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak membuahkan hasil bahkan keputusan mahkamah berhubung petisyen pilihan raya juga tidak memihak kepada pembangkang.
   

17 January 2010

GEMPAR - KJ NAK MASUK PAS! KALAU BETUL KITA KENA BUAT KENDURI KESYUKURAN!



Gambar ini dijumpai di Fotopage Minaq Jinggo semasa Konvensyen Blogger PAS pada akhir tahun lepas.

Adakah KJ telah diam-diam masuk PAS?

Kalau lihat muka, macam serupa. Pendapat Khairy pun sudah macam Khalid Samad. Baca pandangan KJ di The Malaysian Insiders sini yang dipunyai oleh kawan rapatnya Kalimullah Hassan.

Bunyi cakap macam nak fed-up dengan UMNO. Maklumlah Kalimullah dah kena kantol bersekongkol dengan Raja Petra dan Anwar Ibrahim. Ini dah bersedialah untuk keluar UMNO.

Kalau betul, kami semua nak hantar satu tandan pisang emas ke Masjid pada hari Jumaat.

Cuma ... bolehkah KJ hidup dalam PAS. Tahulah PAS tak boleh terima orang yang masih pergi restaurant dan bar Work in Progress.

Mana tahu PAS sekarang sudah liberal ... dia orang tidak kesah kot?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...