23 June 2012

FATWA TANGGUH HAJI DEMI PRU, FATWA SESAT

Keratan akhbar, kenyataan untuk minta jentera Pas tangguh haji

PERIHAL arahan pemimpin Pas supaya jangan pergi mengerjakan ibadat haji bagi menumpukan pilihan raya ke-13. Ayat 27 surah al-Hajj bermaksud: Dan serulah umat manusia untuk mengerjakan ibadat haji, nescaya mereka akan datang ke rumah Tuhan mu dengan berjalan kaki dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus, yang datangnya dari berbagai jalan dan ceruk rantau yang jauh.

Maknanya setiap hamba Allah yang mengaku telah beriman kepada Allah hendaklah menyeru ke arah ibadat haji.


Mana-mana hamba Allah yang cuba menghalang, atau menggagalkan, atau mempengaruhi supaya tidak mengerjakan ibadat haji, atau cuba mengelirukan atau menghasut mana-mana orang daripada mengerjakan ibadat haji adalah merupakan manusia sesat kerana ibadat haji adalah rukun Islam yang kelima 5.
Sesungguhnya Islam itu didirikan atas lima sendi utama.

Hadis Rasulullah SAW diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim; yang bermaksud: Dirikan Islam atas lima rukun: Syahadat (pengakuan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah), dan mendirikan solat, dan mengeluarkan zakat, dan mengerjakan Haji di Baitullah, dan puasa di bulan Ramadan.

Mana-mana pihak yang cuba menggagalkan urusan haji adalah merupakan manusia yang sangat jahil ilmu agama Islam walau pun mengaku berjuang menegakkan Islam di negara ini melalui sebuah parti politik yang bernama Pas.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...