Showing posts with label Twitter. Show all posts
Showing posts with label Twitter. Show all posts

30 January 2014

Antara Pro Dan Kontra : Fenomena #selfie



Mengaku saja jika anda pernah ‘selfie’ atau memang kaki ‘selfie’ kerana tak perlu cakap, daripada gambar saja sudah boleh kita labelkan. Tapi peliknya masih ramai remaja terutamanya lelaki yang malu mengaku suka ‘selfie’ sedangkan memang itu hobinya. MURSHID EUNOS beralih perspektif untuk melihat istilah ‘selfie’ dari sudut lain yang mana ia dianggap fenomena terbaru dunia.

‘Selfie’ merujuk kepada gambar yang diambil sendiri dengan menggunakan telefon atau webcam dan dimuat naik di media sosial. Entah mana mulanya tapi tiba-tiba tahun 2013, istilah ini dianggap paling banyak digunakan hingga ia diangkat menjadi istilah paling popular.

08 September 2013

Anwar Kena Tibai Dengan KJ Lagi @anwaribrahim @Khairykj




Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hari ini membidas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penubuhan kabinet bayangan pakatan pembangkang. Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, Anwar tidak perlu memberi jawapan angkuh sekiranya tidak berani mengumumkan kabinet bayangan pakatan pembangkang.

Menurutnya yang dipetik dalam akaun Twitternya pagi tadi, perkara itu turut digesa oleh pengundi “atas pagar” supaya PR mempunyai kabinet mereka sendiri. Kalau tak berani umum kabinet bayangan, cakap sahajalah tak payah bagi jawapan angkuh.

03 September 2013

@anwaribrahim Kena 'Main' Dengan Portal Pro Pembangkang @tm_insider




Malaysian Insider baru-baru ini melaporkan kenyataan Anwar bahawa beliau telah menerima keputusan PRU-13 dan ingin mengadakan pertemuan dengan pihak kerajaan untuk berbincang mengenai isu-isu yang membelenggu negara.  Apa yang dinyatakan Anwar ini membawa gambaran yang beliau mencadangkan penubuhan ‘kerajaan perpaduan’.

Dato’ Seri Najib kemudiannya menafikan dan menolak untuk mengadakan sebarang bentuk perbincangan dengan Pakatan Rakyat, malah idea ke arah penubuhan kerajaan perpaduan juga dianggap merepek sama sekali. PR jelas telah ditolak rakyat dan tidak ada sebab kenapa kerajaan perlu bekerjasama dengan pihak yang ditolak.

31 August 2013

Penyanyi Fida Kena Maki Sebab Pakaian Ketat




Gara-gara memuat naik beberapa gambarnya berpakaian ketat di laman sosial Instagram-nya, pelakon dan penyanyi Fida Ibrahim dihentam teruk oleh segelintir peminatnya malah turut melemparkan kata-kata kesat terhadapnya. Namun pelantun "Apo Kono Eh Jang?" ini tidak melatah atau menyalahkan peminatnya, sebaliknya menyifatkan peminat berkenaan telah tersalah anggap.

"Gambar tu sebenarnya adalah gambar disebalik tabir sewaktu sesi fotografi bagi mempromosikan produk Emorra Be Slymm. Saya sebagai dutanya dan saya dah amalkan minum produk ni sejak sebulan lepas. Saya turun 4kg. jadi nak lah tunjukkan hasilnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...