Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani menyifatkan laporan pelantikan
Faekah Husin sebagai Pengurus Besar Perbadanan Menteri Besar (MBI)
sebagai sesuatu yang 'luar biasa' dan mempersoalkan kenapa orang "yang
tidak berkepentingan" di beri jawatan kanan itu.
Abdullah membandingkan pelantikan Faekah itu kepada kedudukan Datuk
Seri Sharizat Jalil sebagai senator bertaraf menteri dalam Jabatan
Perdana Menteri yang dipertikaikan oleh pelbagai pihak.


