Showing posts with label Tuan Man. Show all posts
Showing posts with label Tuan Man. Show all posts

23 June 2012

DIMANA KEKUATAN PAKATAN, ANDAI MEREKA BERLAINAN MIMPI?

Gabungan parti di dalam Pakatan, umpama mimpi tiada penghujung

KENAPA pakatan pembangkang tidak berani menggunakan satu lambang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang diramal akan diadakan tidak lewat dari hujung tahun ini? Adakah ini bermakna mereka tidak yakin dengan pakatan yang mereka sendiri wujudkan? Pakatan yang kononnya mampu menggantikan Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan (jika menang PRU13)? Atau masing-masing takut jika menggunakan satu logo, penyokong akan lari?

Kenyataan Naib Presiden PKR, Tian Chua bahawa parti-parti dalam Pakatan Rakyat (PR) tidak akan menggunakan simbol masing-masing walaupun kewujudan pakatan itu diiktiraf oleh Pendaftar Pertubuhan menimbulkan seribu satu tanda tanya akan keaslian dan keikhlasan pembentukan pakatan berkenaan.

18 June 2012

DEMI PRU, PAS KELUAR FATWA TANGGUH HAJI


NAMPAK sangat kurang bijak kenyataan Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mahukan semua ahli Pas yang berhasrat dan terpilih untuk menunaikan fardu haji tahun ini menangguhkan pemergian mereka jika Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan dalam musim haji. Ibadah haji adalah rukun dan wajib ditunaikan oleh mereka yang mengaku dirinya Islam apabila cukup syarat. Dalam hal wajib ini tiada kompromi dalam apa situasi sekali pun, melainkan jika berlaku musibah seperti merebaknya penyakit berjangkit yang serius atau berlakunya kucar-kacir di tempat ibadah itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...