Pemilihan CEC DAP
terus menjadi topik perbincangan hangat di kalangan ahli-ahli DAP. Setakat ini,
semua pihak menantinya dengan penuh prejudis. Beberapa rungutan telah pun
kedengaran terutama di kalangan perwakilan berbangsa India.
Nampaknya, DAP sekali
lagi meminggirkan mereka dalam dialog awal yang diadakan dengan para perwakilan.
Dialog yang diadakan khas bagi menghadapi pemilihan semula tersebut disyaki
bertujuan untuk ‘mengatur’ kekalahan
atau kemenangan individu-individu tertentu. Dengan peminggiran perwakilan dari
kaum India dari dialog ini, memperlihatkan yang DAP sememangnya berniat untuk
mempermainkan mereka sekali lagi.
Justeru, tidak
mustahil apa yang berlaku dalam pemilihan sebelum ini bakal berulang di mana
753 perwakilan dari kaum India tidak dijemput. Setelah meminggirkan kaum India
serta memanipulasi kaum Melayu dalam pemilihan terdahulu, kepimpinan DAP
berhadapan dengan risiko yang lebih besar akan ditolak oleh kedua-dua kaum ini
dalam pemilihan semula ini.
