Showing posts with label Cina DAp. Show all posts
Showing posts with label Cina DAp. Show all posts

10 September 2013

Pemilihan CEC, Bukti Cina DAP Takut @cmlimguaneng @limkitsiang @dapmalaysia




Kemelut CEC DAP: Bukti Cina Takut Bersaing Secara Adil

Pemilihan semula CEC DAP terus dilanda kontroversi apabila beberapa perwakilan yang tidak menerima notis mesyuarat dalam pemilihan awal, masih lagi tidak menerima sebarang notis untuk pemilihan semula. Lebih meragukan, apabila kepimpinan DAP menyatakan bahawa seramai 500 daripada mereka telah menghantar surat menyatakan tidak dapat hadir sedangkan mereka menafikan berbuat demikian.

Tidak cukup dengan itu, turut didakwa terdapat ‘perwakilan haram’ seramai 547 orang, majoritinya dari Pulau Pinang, yang telah terlibat dalam pengundian awal.  Tujuan mereka ini dibawa ke mesyuarat CEC adalah bagi memastikan kemenangan individu tertentu.

07 September 2013

Perang Menjelang CEC DAP @cmlimguaneng @dapmalaysia @roketkini




Pemilihan CEC DAP terus menjadi topik perbincangan hangat di kalangan ahli-ahli DAP. Setakat ini, semua pihak menantinya dengan penuh prejudis. Beberapa rungutan telah pun kedengaran terutama di kalangan perwakilan berbangsa India.

Nampaknya, DAP sekali lagi meminggirkan mereka dalam dialog awal yang diadakan dengan para perwakilan. Dialog yang diadakan khas bagi menghadapi pemilihan semula tersebut disyaki bertujuan untuk ‘mengatur’ kekalahan atau kemenangan individu-individu tertentu. Dengan peminggiran perwakilan dari kaum India dari dialog ini, memperlihatkan yang DAP sememangnya berniat untuk mempermainkan mereka sekali lagi.

Justeru, tidak mustahil apa yang berlaku dalam pemilihan sebelum ini bakal berulang di mana 753 perwakilan dari kaum India tidak dijemput. Setelah meminggirkan kaum India serta memanipulasi kaum Melayu dalam pemilihan terdahulu, kepimpinan DAP berhadapan dengan risiko yang lebih besar akan ditolak oleh kedua-dua kaum ini dalam pemilihan semula ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...