Showing posts with label CEC DAP. Show all posts
Showing posts with label CEC DAP. Show all posts

17 October 2013

Apakah Pengundi Sg. Limau Akan Terpedaya Dengan Christopher Zairil Lim?




Pemilihan semula CEC DAP pada 29 September lalu ternyata telah tidak menyelesaikan apa-apa.  Dengan semua yang telah menang dalam pemilihan awal menang semula, dan lebih ramai ketidakhadiran dilaporkan, maka akar umbi DAP terus memendam rasa.  Akibatnya, beberapa negeri mula bergolak kerana tidak tahan lagi dengan sikap kuku besi kepimpinan parti.

Perasaan sakit hati turut dirasai oleh DAP Kedah yang mana kepimpinan atasan telah bertindak membubarkan jawatankuasa DAP Negeri yang dilantik secara demokrasi 2010 dan membentuk jawatankuasa interim tanpa sebarang sebab. Ini menyebabkan Pengerusi DAP Negeri, Lee Guan Aik telah dipaksa melepaskan jawatannya kepada Christopher Zairil Lim. 

13 September 2013

Perwakilan India Memberontak, Fail Injunksi Pemilihan CEC @cmlimguaneng @dapmalaysia



Mengapa ahli dan perwakilan India dalam DAP memberontak???

Naib Pengerusi DAP cawangan Ladang Paroi, Seremban, A. David Dass mendakwa telah memfailkan permohonan injunksi bagi menghalang pemilihan khas Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu yang akan diadakan pada 29 September ini.

Dass dalam sidang akhbar di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta di sini hari ini memberitahu, beliau telah memfailkan permohonan injunksi terbabit selepas menerima notis berhubung pemilihan khas tersebut.

12 September 2013

Burukkan Negara, Bukti Guan Eng BODOH @cmlimguaneng




Bayangkan seorang peniaga mengadakan promosi barangan di hadapan pelanggan tetapi memburukkan barangannya sendiri. Tentulah peniaga tersebut gila atau pun paling bodoh di dunia. Tetapi itulah yang dilakukan oleh Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang dalam misi pelaburan ke Hong Kong baru-baru ini.

Di dalam misi tersebut, Guan Eng telah memberi gambaran kepada pelabur bahawa Malaysia berada dalam keadaan tidak selamat dan bahawa kononnya kerajaan menggunakan cara yang tidak wajar semata-mata untuk menjimatkan kos sehingga mengabaikan soal keselamatan.

10 September 2013

Pemilihan CEC, Bukti Cina DAP Takut @cmlimguaneng @limkitsiang @dapmalaysia




Kemelut CEC DAP: Bukti Cina Takut Bersaing Secara Adil

Pemilihan semula CEC DAP terus dilanda kontroversi apabila beberapa perwakilan yang tidak menerima notis mesyuarat dalam pemilihan awal, masih lagi tidak menerima sebarang notis untuk pemilihan semula. Lebih meragukan, apabila kepimpinan DAP menyatakan bahawa seramai 500 daripada mereka telah menghantar surat menyatakan tidak dapat hadir sedangkan mereka menafikan berbuat demikian.

Tidak cukup dengan itu, turut didakwa terdapat ‘perwakilan haram’ seramai 547 orang, majoritinya dari Pulau Pinang, yang telah terlibat dalam pengundian awal.  Tujuan mereka ini dibawa ke mesyuarat CEC adalah bagi memastikan kemenangan individu tertentu.

06 September 2013

Pemilihan CEC : @anthonyloke Main Wayang Lagi @dapmalaysia @DAPRocket




Pengumuman Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook hari ini yang mendakwa pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) akan diadakan pada 29 September ini menimbulkan tanda tanya berikutan percanggahan dalam perlembagaan parti itu.

Ini kerana sebelum ini Pengerusi DAP, Karpal Singh menjangkakan pemilihan semula itu akan diadakan kira-kira 10 minggu selepas pengumuman mengenai perkara itu dibuat pada 15 Ogos lalu.

03 September 2013

Lagi Percubaan DAP Untuk Tipu Pemilihan CEC




Pendaftar Pertubuhan (ROS) hari ini membidas DAP kerana tidak pernah memaklumkan apa-apa maklumat atau perkembangan mengenai pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu yang dilaporkan mengambil tempat pada 29 September ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, daripada memberi maklumat rasmi kepada ROS, DAP sebaliknya dilihat lebih gemar membuat pengumuman melalui media massa.

31 August 2013

Tindakan @anthonyloke DAP Akhirnya Makan Diri




Tindakan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook yang masih enggan mengemukakan sejumlah 500 surat salinan asal yang ditandatangani para perwakilan DAP kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) dilihat akan memakan diri.

Ahli jawatankuasa Pas bahagian Balik Pulau, Mohd. Firdaus Mohd. Essa berkata, Anthony perlu membuktikan kebenaran terdapat ahli DAP yang menerima notis mesyuarat tetapi tidak dapat hadir dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) 15 Disember tahun lalu.

Menurutnya, perkara itu bagi menjaga kredibiliti parti tersebut daripada dilabel sebagai pembohong oleh masyarakat.

30 August 2013

CEC DAP : Takut Kalah, Guan Eng Pinggir Perwakilan India



David Dass (tengah) bersama Richard Francis (kanan) dan S. Rajashegher menunjukkan buku Laporan Ekuiti DAP dan CEC tulisan Father Augustus Chen dalam sidang akhbar di Seremban, Negeri Sembilan, semalam.
Harapan menggunung ahli-ahli DAP untuk melihat pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu dilaksanakan secara telus dan bersih mungkin tidak kesampaian. Ini kerana sesi dialog yang diadakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng masih meminggirkan kalangan perwakilan yang dilihat tidak sehaluan dengan kepemimpinan tertinggi DAP.

Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass berkata, satu sesi dialog dengan perwakilan negeri ini telah diadakan Ahad lalu di sebuah hotel di sini. Bagaimanapun katanya, perwakilan dari cawangannya tidak dimaklumkan mengenai pertemuan tersebut.

27 August 2013

Menunggu Pemilihan UMNO Yang Paling Penting Dalam Sejarah




Dalam kita memandang sinis pemilihan CEC DAP yang paling korup dalam sejarah, kita juga tidak lupa memerhati keadaan politik UMNO. Rata-rata, keadaan di peringkat Cawangan dan Bahagian telah pun panas di mana bahang pemilihan mula terasa. Taktik dan strategi sama ada kotor atau bersih bercampur-baur dalam perjuangan antara cita-cita peribadi dengan agama, bangsa dan tanah air.

Ada sesuatu tentang pemilihan kali ini yang membuatkan ramai melihatnya sebagai pemilihan paling penting dalam sejarah iaitu ia dikatakan bakal menentukan jatuh bangunnya, hidup matinya atau hilang kekalnya umat Melayu di dunia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...