Showing posts with label Zamil Ibrahim. Show all posts
Showing posts with label Zamil Ibrahim. Show all posts

31 August 2013

Tindakan @anthonyloke DAP Akhirnya Makan Diri




Tindakan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook yang masih enggan mengemukakan sejumlah 500 surat salinan asal yang ditandatangani para perwakilan DAP kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) dilihat akan memakan diri.

Ahli jawatankuasa Pas bahagian Balik Pulau, Mohd. Firdaus Mohd. Essa berkata, Anthony perlu membuktikan kebenaran terdapat ahli DAP yang menerima notis mesyuarat tetapi tidak dapat hadir dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) 15 Disember tahun lalu.

Menurutnya, perkara itu bagi menjaga kredibiliti parti tersebut daripada dilabel sebagai pembohong oleh masyarakat.

30 August 2013

Rakan Sekutu Dalam Pakatan BALUN Anthony Loke Untuk Serah Salinan Surat




Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook terus didesak supaya mengemukakan sejumlah 500 surat salinan asal yang ditandatangani oleh para perwakilan DAP kepada pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS) bagi membuktikan surat tersebut benar-benar wujud.

Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Ampang, Amizan Man berkata, tindakan itu wajar dilakukan Anthony kerana ia melibatkan maruah dan kepercayaan orang ramai terhadap pakatan pembangkang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...