Pengumuman Setiausaha
Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook hari ini yang mendakwa pemilihan
Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) akan diadakan pada 29 September ini menimbulkan
tanda tanya berikutan percanggahan dalam perlembagaan parti itu.
Ini kerana sebelum
ini Pengerusi DAP, Karpal Singh menjangkakan pemilihan semula itu akan diadakan
kira-kira 10 minggu selepas pengumuman mengenai perkara itu dibuat pada 15 Ogos
lalu.




