![]() |
| Mengapa ahli dan perwakilan India dalam DAP memberontak??? |
Naib Pengerusi DAP
cawangan Ladang Paroi, Seremban, A. David Dass mendakwa telah memfailkan
permohonan injunksi bagi menghalang pemilihan khas Jawatankuasa Eksekutif Pusat
(CEC) parti itu yang akan diadakan pada 29 September ini.
Dass dalam sidang
akhbar di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta di sini hari ini
memberitahu, beliau telah memfailkan permohonan injunksi terbabit selepas
menerima notis berhubung pemilihan khas tersebut.
