Showing posts with label Pemilihan CEC. Show all posts
Showing posts with label Pemilihan CEC. Show all posts

02 October 2013

Tiada Kejutan Dalam Pemilihan CEC




Semalam, Kongres Khas DAP berlangsung dengan pemilihan semula anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC). Jumlah perwakilan hanya 2,576 orang dan calon yang bertanding pula 49 orang. Kongres khas ini diadakan selepas pemilihan yang berlangsung pada 15 Disember 2012 terpaksa dibatalkan. Ketika itu 68 orang bertanding dan tidak sampai 2,000 yang mengundi.

Semalam juga, berlangsung simulasi pemilihan UMNO. Berbanding DAP, pemilihan UMNO tentulah lebih rumit kerana bakal melibatkan lebih 146,000 perwakilan yang akan memilih 33,682 calon pemimpin bagi pelbagai peringkat iaitu Majlis Tertinggi, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri dan bahagian. Jika DAP memilih 30 anggota CEC yang kemudiannya akan bermesyuarat memilih pemimpin seperti setiausaha agung, pengerusi, timbalan pengerusi dan naib-naib pengerusi, UMNO pula terus membuat pemilihan bagi jawatan utama termasuk Presiden, Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden.

07 September 2013

Perang Menjelang CEC DAP @cmlimguaneng @dapmalaysia @roketkini




Pemilihan CEC DAP terus menjadi topik perbincangan hangat di kalangan ahli-ahli DAP. Setakat ini, semua pihak menantinya dengan penuh prejudis. Beberapa rungutan telah pun kedengaran terutama di kalangan perwakilan berbangsa India.

Nampaknya, DAP sekali lagi meminggirkan mereka dalam dialog awal yang diadakan dengan para perwakilan. Dialog yang diadakan khas bagi menghadapi pemilihan semula tersebut disyaki bertujuan untuk ‘mengatur’ kekalahan atau kemenangan individu-individu tertentu. Dengan peminggiran perwakilan dari kaum India dari dialog ini, memperlihatkan yang DAP sememangnya berniat untuk mempermainkan mereka sekali lagi.

Justeru, tidak mustahil apa yang berlaku dalam pemilihan sebelum ini bakal berulang di mana 753 perwakilan dari kaum India tidak dijemput. Setelah meminggirkan kaum India serta memanipulasi kaum Melayu dalam pemilihan terdahulu, kepimpinan DAP berhadapan dengan risiko yang lebih besar akan ditolak oleh kedua-dua kaum ini dalam pemilihan semula ini.

25 August 2013

Ahli DAP Melayu KECEWA Dengan Parti Rasis 'Ultra Kiasu'




Anak kepada bekas Naib Pengerusi DAP, Allahyarham Ahmad Nor melahirkan rasa kecewa berhubung keputusan DAP tidak membenarkan calon baru bertanding dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada 29 September ini.

"Saya kecewa," kata Amran Ahmad dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau yang menawarkan diri untuk bertanding dalam pemilihan tersebut berkata, kekecewaannya bukan sekadar untuk diri sendiri tetapi lebih kepada kemampuan DAP untuk menarik sokongan rakyat yang berbangsa Melayu dalam mendepani suasana politik negara.

Pemilihan CEC : DAP Cakap Tak Serupa Bikin





Penganalisis politik mempertikaikan keputusan DAP yang memutuskan untuk tidak membuat penamaan calon baru bagi mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC). Setiausaha Kluster Politik Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Prof Dr Mansor Mohd Noor berkata, sikap DAP tidak memberi ruang kepada muka baru jelas menunjukkan ketidakmatangan parti itu.

Beliau menegaskan jika DAP benar-benar telus dan ikhlas, parti itu sepatutnya memulakan proses pemilihan CEC mengikut prosedur bermula daripada penamaan calon.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...