Showing posts with label Tian Chua. Show all posts
Showing posts with label Tian Chua. Show all posts

23 January 2014

@n_izzah @tianchua @AzminAli @drwanazizah Nurul Izzah Failkan Penceraian



Spekulasi meluas bahawa anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar memfailkan penceraian disahkan melalui rekod mahkamah syariah, lapor The Star Online.

Menurut laporan itu, semakan dengan Mahkamah Syariah Rendah Jalan Duta mendapati naib presiden PKR itu memfailkan petisyen penceraian terhadap suaminya Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim bulan lalu.

Dilaporkan juga bahawa anak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim itu enggan mengulas dengan alasan ia hal peribadi.

09 September 2013

Program 'KHURAFAT' Tak Ada Sambutan, Johari Bedul Salahkan Hujan



Ini Semua Salah Hujan, Kalau Tak Hujan Pasti Ramai Orang Datang

Hasrat Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mengadakan perhimpunan bersama penyokongnya malam kelmarin di Taman Jubli Perak, dekat sini didakwa tidak mendapat sambutan. Difahamkan, perhimpunan bertujuan menyatakan kebangkitan rakyat terhadap isu jenayah serta beberapa perkara berbangkit itu turut dijadualkan dihadiri beberapa pemimpin atasan pembangkang.

Khabar angin turut tersebar menyatakan perhimpunan yang dianjurkan itu bertujuan memberi sokongan dan mengutip dana bagi menampung keluarga mangsa jenayah, Chee Gaik Yap yang dirogol dan dibunuh pada 2006. Tinjauan ke lokasi kejadian mendapati, hanya kira- kira 50 penyokong membanjiri taman rekreasi berkenaan.

23 June 2012

LETAK JAWATAN, RAFIZI CUBA BODOHKAN RAKYAT

Anwar Ibrahim merupakan idola Rafizi, sejak di bangku sekolah

Ramai yang mempertikaikan apabila ada laporan dan pendedahan mengenai perpecahan di dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR), tidak kurang juga ada yang berpandangan sinis dengan mengatakan ia hanyalah propaganda UMNO/BN bagi memecah-belahkan parti naungan Anwar Ibrahim itu. Namun, pengumuman yang dibuat oleh Rafizi Ramli semalam  mengenai perletakan jawatannya sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor telah menjawab kembali persoalan yang ditimbulkan itu.

DIMANA KEKUATAN PAKATAN, ANDAI MEREKA BERLAINAN MIMPI?

Gabungan parti di dalam Pakatan, umpama mimpi tiada penghujung

KENAPA pakatan pembangkang tidak berani menggunakan satu lambang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang diramal akan diadakan tidak lewat dari hujung tahun ini? Adakah ini bermakna mereka tidak yakin dengan pakatan yang mereka sendiri wujudkan? Pakatan yang kononnya mampu menggantikan Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan (jika menang PRU13)? Atau masing-masing takut jika menggunakan satu logo, penyokong akan lari?

Kenyataan Naib Presiden PKR, Tian Chua bahawa parti-parti dalam Pakatan Rakyat (PR) tidak akan menggunakan simbol masing-masing walaupun kewujudan pakatan itu diiktiraf oleh Pendaftar Pertubuhan menimbulkan seribu satu tanda tanya akan keaslian dan keikhlasan pembentukan pakatan berkenaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...