Proses penggabungan parti politik kaum India
di negara hanya dapat dilaksanakan sekiranya semua pihak yang berkepentingan
melepaskan ego dan bersedia mengutamakan kepentingan masa depan masyarakat itu.
Penganalisis politik Anbumani Balan berkata faktor kerjasama, tolak ansur dan
pengorbanan merupakan tiga asas penting untuk membuka pintu perbincangan antara
semua pemimpin parti India.
Beliau berkata isu ini sudah dibangkitkan
dari semasa ke semasa termasuk pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN) dan
kini bukanlah masa untuk menuding jari antara satu sama lain ataupun mahu
menunjukkan kehebatan parti mana yang kuat. Dalam percaturan politik, kita
perlu akui pelbagai faktor boleh dikaitkan dengan penerimaan dan penolakan
sesebuah parti politik oleh masyarakat umum.


