Showing posts with label Dataran Merdeka. Show all posts
Showing posts with label Dataran Merdeka. Show all posts

30 January 2014

@chegubard Didakwa Anjur Perhimpunan Haram TURUN


29 JAN: Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard bersama dua orang lagi didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Rabu, atas pertuduhan menganjurkan perhimpunan membantah kenaikan harga barang dan GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) pada malam sambutan ambang Tahun Baru 2014.

Selain Badrul Hisham, 36, dua tertuduh lagi ialah Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Mohamed Bukhairy Mohamed Sofian, 24, dan Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Nor Reduan, 33.

07 September 2013

Anne Ngasri Dipilih Sebagai Ketua Puteri Umno @annengasri




Pelakon wanita popular, Naszriah Ngasri atau lebih mesra dikenali sebagai Anne dipilih sebulat suara sebagai Ketua Puteri Umno cawangan Dataran Merdeka dalam mesyuarat cawangan itu, hari ini. Cawangan berkenaan turut menyaksikan perubahan pucuk pimpinan apabila Naib Ketua Cawangan, Nor Adnan Zainal Abidin dipilih sebagai Ketua Cawangan berikutan kekosongan kerusi itu.

Difahamkan, penyandangnya, Datuk Ab Rauf Yusof melepaskan jawatannya bagi cawangan Dataran Merdeka serta Bahagian Bukit Bintang dan bertanding di Masjid Tanah, Melaka.

05 September 2013

"Flash Mob' Pembangkang Dikejutkan Dengan Adengan Bogel




Satu ‘flash mob‘ yang dilakukan oleh sekumpukan 'anak-anak ikan' bagi membantah kenaikan harga petrol akhirnya dikejutkan dengan tindakan seorang wanita yang mula menanggalkan pakaiannya berhampiran dengan kumpulan itu di Dataran Merdeka.

Ketika kumpulan berkenaan melakukan piket sewaktu hujan lebat di sepanjang Jalan Parlimen pada pukul 5 petang Selasa, seorang wanita berkepala botak, gempal memasuki ke dalam khalayak dan berada di tengah-tengah jalan.

03 September 2013

Bertuahnya Hidup Di Sebuah Negara 'Bebas'




Oleh : Hassan Mohd. Noor

Sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-56 sudah berlalu pada Sabtu lalu. Acara perbarisan tahunan yang berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur mendapat sambutan hebat. Segmen yang turut menarik perhatian adalah acara gayung perang war chant oleh VAT 69. Persembahan pasukan komando itu turut melibatkan pegawai-pegawai dan anggota yang terlibat dalam Op Daulat ketika pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah pada Mac lalu.

Insiden berdarah yang dipaparkan menerusi formasi gayung perang amat menyayat hati lebih-lebih lagi apabila layar yang tersedia memaparkan wajah balu anggota yang terkorban. Semoga segmen itu akan memperingatkan rakyat Malaysia mengenai pentingnya mempertahankan sebuah negara berdaulat bernama Malaysia. Walaupun persembahan itu hanya ‘sandiwara’ atau ‘lakonan’ tetapi sedikit sebanyak menginsafkan kita bahawa pencerobohan Lahad Datu boleh berulang di mana-mana sahaja sekiranya kita leka. Insiden ini bukan sandiwara yang sengaja direka. Nyawa bukan untuk dijual beli.

Persembahan atau perarakan kali ini khabarnya mendapat sambutan luar biasa. Ramai yang menunjukkan semangat patriotik. Semoga semangat itu tidak terbatas di Dataran Merdeka sahaja. Begitu juga dengan sambutan Ambang Merdeka 2013 di Putrajaya dan Dataran Merdeka yang disulami dengan pertunjukan bunga api. Dalam menyambut acara tahunan setiap 31 Ogos ini, berapa ramai daripada kita yang sama-sama mensyukuri nikmat kemerdekaan ini?

Berapa ramai yang memanjatkan doa kesyukuran atas nikmat yang dikecapi selama ini hasil menetap di sebuah negara berdaulat bernama Malaysia? Adakah setiap yang hadir pada malam Ambang Merdeka dan keesokannya pada hari perbarisan dan perarakan benar-benar mempunyai semangat patriotik? Bagaimana dengan mereka yang tidak hadir pada kedua-dua acara itu? Patriotik atau tidak, bukan terletak kepada kehadiran pada majlis-majlis berkenaan sebaliknya perasaan cintakan negara boleh ditunjukkan melalui pelbagai cara.
Salah satu daripadanya ialah melalui kibaran Jalur Gemilang. Malangnya pada kali ini, kibaran bendera yang mula diperkenalkan di pekarangan Istana Sultan Selangor pada tahun 1950 itu tidaklah sehebat tahun-tahun sebelumnya. Seorang sahabat memberitahu, pada tanggapannya, tahun ini paling teruk. Katanya, tidak kelihatan langsung kenderaan awam atau persendirian memasang Jalur Gemilang. Begitu juga dengan rumah, kedai, bangunan dan tempat awam.

Jika ada pun, boleh dibilang dengan jari. Berapa banyak bas, LRT, monorel atau komuter dibaluti Jalur Gemilang? Begitulah kata sahabat berkenaan. Kenyataan itu tidak boleh dinafikan. Dua minggu sebelum detik 31 Ogos 2013, Selak sudah menyelak mengenai perkara ini di bawah tajuk Berlambak ‘bendera’ semasa PRU, susah sangat Jalur Gemilang setahun sekali. Satu masa dulu, menjelang ulang tahun kemerdekaan negara, kibaran Jalur Gemilang amat meriah. Pernah satu ketika, boleh dikatakan setiap kenderaan akan kelihatan Jalur Gemilang. Ketika itu, ada yang dapat percuma atau membelinya.

Lebih menarik, ada pihak yang menawarkan hadiah lumayan bagi kenderaan terpilih yang mengibarkan Jalur Gemilang. Maknanya, mereka mengibarkan bendera kerana mendapat bekalan percuma atau memburu ganjaran. Terserahlah sama ada mereka ikhlas atau tidak ketika mengibarkan Jalur Gemilang ini. Persoalannya sekarang, adakah rakyat Malaysia sudah hilang semangat patriotism? Adakah rakyat tidak lagi menyokong program-program yang dianjurkan oleh kerajaan untuk mengingatkan mereka tentang kemerdekaan? Atau adakah rakyat Malaysia sudah terpengaruh dengan temberang pihak yang mahu menukar Jalur Gemilang?

Ada juga yang memberi alasan, sukar untuk mendapatkan Jalur Gemilang. Berapa banyak kedai yang menjual atau mempromosikan bendera ini? Mudahkah mendapatkan Jalur Gemilang ketika berurusan di tempat-tempat awam seperti di institusi kewangan, pejabat pos, pasar raya besar atau ketika mengisi minyak kenderaan? Kerajaan tentu menyedari sambutan dingin terhadap kibaran Jalur Gemilang ini.

Maka tercetuslah idea untuk mewajibkan setiap premis dan bangunan kerajaan atau swasta mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang bulan kemerdekaan. Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Ahmad Shabery Cheek, kerajaan akan melihat keperluan untuk mewujudkan undang-undang berkaitan kerana masih banyak premis dan bangunan terutama milik swasta tidak peka kepentingannya sebagai melahirkan rasa menghargai dan kecintaan kepada negara.

“Sekarang ini kita masih belum sampai masa untuk mengenakan sebarang undang- undang kepada mana-mana premis atau bangunan kerajaan atau swasta... sekarang ini secara sukarela.

“Bagaimanapun, saya lihat masih banyak bangunan terutama milik swasta yang tidak memberi respons yang baik kerana masih banyak yang tidak berbuat demikian," katanya pada Program Pocket Show 2013 yang turut mengedarkan Jalur Gemilang di sekitar ibu negara anjuran Jabatan Penerangan.

Mewujudkan peraturan dan undang-undang memang mudah. Bagaimana pelaksanaannya? Ada ketikanya undang-undang gagal dilaksanakan kerana pelbagai ‘ugutan’ . Undang-undang terpaksa tunduk kepada ugutan atau tidak mampu mengambil tindakan terhadap mereka yang secara terang-terangan melanggar undang-undang.

Kembali kepada Jalur Gemilang, pihak berkuasa tempatan (PBT) harus memainkan peranan untuk memastikan jalan-jalan utama serta bangunan di dalam kawasan mereka dihiasi Jalur Gemilang. Pada kali ini, ketiadaan Jalur Gemilang di beberapa jalan utama (tidak terhad di Kuala Lumpur sahaja) sudah menjadi pemandangan biasa. Adakah PBT tidak menyedari keadaan ini atau ada arahan supaya tidak mengibarkan Jalur Gemilang? Mungkinkah tidak ada peruntukan atau peruntukan sudah habis ?

Satu perkara lagi yang menarik perhatian ialah ada sesetengah papan iklan di jalan-jalan utama yang dibiarkan kosong dengan tulisan Ruang iklan untuk disewa. Kenapa tidak dimanfaatkan ruang ini dengan hiasan Jalur Gemilang atau tema sambutan kali ini? Sukar untuk melihat tema sambutan kali ini terpampang di papan iklan.

Rasanya masih belum terlambat untuk kita menyemarakkan bulan kemerdekaan ini sehingga Hari Malaysia. Bendera merupakan lambang kepemimpinan, simbol penghormatan, martabat dan kewarganegaraan bagi sesebuah negara. Walaupun hanya sebidang kain tetapi warna merah, putih, kuning, biru serta jalur, anak bulan dan bintang mempunyai makna tersendiri.

Malangnya, ada orang yang lebih bijak mahu menukarkan bendera ini termasuk sebidang kain berwarna merah putih serta dihiasi 12 bintang. Sehingga malam Ambang Merdeka, sudah beberapa kali Jalur Gemilang diperlekehkan. Selama mana warganegara Malaysia sendiri akan memandang rendah terhadap Jalur Gemilang? Mungkin mereka ini bernasib baik kerana tidak berada di negara lain termasuk jiran kita yang begitu tegas dengan isu-isu seperti ini. Begitulah ‘kebebasan dan toleransi’ di- negara `Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku’.

01 September 2013

Sang Saka Malaya : Polis Pantau Tindakan Biadab Pak Samad Dan Adam Adli





PDRM masih memantau tindakan beberapa individu yang didakwa mengibarkan bendera Sang Saka Malaya pada malam ambang merdeka di Dataran Merdeka, di sini, malam kelmarin. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, pihaknya akan menyiasat kejadian itu serta motif tindakan individu tersebut.

"Sehingga kini kami belum mengambil sebarang tindakan, difahamkan tiada laporan polis dibuat terhadap individu tersebut," katanya.

31 August 2013

Video : Ini Bukan Bendera Malaysia




Seorang lelaki Yang Tidak Dikenali Merampas Bendera 'Sang Saka' Di Dataran Merdeka Ketika Sambutan Malam Merdeka Malam Tadi. Perkara Itu Berlaku Ketika Sasterawan, A Samad Said Berucap.

Sang Saka Adalah Bendera Yang Pernah Direka bentuk Khas Menerusi Tuntutan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) Sebelum Mencapai Kemerdekaan. Turut Hadir Dalam Majlis Tersebut Aktivis Politik, Hishamudin Rais, Aktivis Mahasiswa, Adam Adli Dan Safwan Anang.


14 May 2012

PTPTN : Pembangkang Yang Hipokrit


Isu segelintir kecil golongan pelajar yang mahu mendesak kerajaan untuk memansuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah merupakan satu lagi sandiwara dan drama terbaru arahan pakatan pembangkang. Ini disebabkan kerana mereka sedang berusaha untuk mencipta pelbagai momentum untuk menipu dan menagih simpati rakyat.

Ini kerana mereka sedar sejak kebelakangan ini sokongan rakyat telah kembali kepada kerajaan. Imej ‘cool’ PM serta pendekatan yang digunakan untuk mendekati golongan muda tenyata mula diterima golongan generasi X dan Y. Ini ditambah dengan pelbagai program transformasi yang diperkenalkan oleh kerajaan telah mula dirasai oleh majoriti besar rakyat.

Perkembangan itu ternyata tidak disenangi oleh pakatan pembangkang, oleh itu seribu satu isu dicipta dan terbaru mendokongi gerakan pelajar untuk bangkit menolak dan menentang kerajaan.

Natijahnya Dataran Merdeka yang merupakan ikon pelancongan negara untuk para pengunjung baik dari dalam mahupun luar negeri tercemar dengan kebiadapan segelintir kecil golongan pelajar yang menjadi alat pembangkang. Ini kerana himpunan yang mereka adakan baru-baru ini gagal mendapat sambutan majoriti mahasiswa.

Retoriknya seperti kebiasanya isu yang disuara itu ‘disambut’ oleh pakatan pembangkang bagi mewujudkan persepsi mereka bersama-sama menyokong isu untuk memansuhkan PTPTN ini. Sedangankan mereka jugalah sebelum ini yang menajdi dalang agar gerakan ini dihidupkan oleh pelajar-pelajar tersebut.

Namun begitu, apabila dilakukan semakan ternyata Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng adalah merupakan  antara mereka yang menyokong penuh usaha untuk menubuhkan PTPTN ini apabila  akta ini dibentangkan di parlimen pada tahun 1997. Kenyataan ini diperolehi ketika penelitian dilakukan melalui rekod Penyata Rasmi Parlimen.

Berikut adalah petikan ucapan mereka ketika membahaskan akta ini pada 14 May 1997






Berikut adalah Penyata Rasmi lengkap pada hari tersebut untuk rujukan semua. Penyata Rasmi Parlimen 14/05/1997


Seterusnya, kenyataan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim, untuk memansuhkan PTPTN sekiranya berjaya merampas kerajaan atas alasan ia adalah merupakan akta yang zalim. Namun persoalannya mengapa ketika akta ini dibentang dulu, Anwar selaku Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan tidak membantah?

Sedangkan yang memberikan kelulusan kepada PTPTN untuk memulakan operasi ialah Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan dan yang paling penting pada ketika itu merupakan pemangku kepada jawatan Perdana Menteri.

Kesimpulannya inilah wajah-wajah sebenar pembangkang, yang cuba menipu rakyat dengan pelbagai janji manis namun dimasa yang sama mempunyai pelbagai imej dan personaliti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...