PDRM masih memantau
tindakan beberapa individu yang didakwa mengibarkan bendera Sang Saka Malaya
pada malam ambang merdeka di Dataran Merdeka, di sini, malam kelmarin. Ketua
Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, pihaknya
akan menyiasat kejadian itu serta motif tindakan individu tersebut.
"Sehingga kini
kami belum mengambil sebarang tindakan, difahamkan tiada laporan polis dibuat
terhadap individu tersebut," katanya.
Menurutnya, pihaknya
juga dimaklumkan terdapat seorang lelaki bertindak merampas bendera Sang Saka
Malaya ketika Sasterawan Datuk A Samad Said berucap.
"Kami juga akan
meneliti video berdurasi selama 55 saat itu, lelaki tersebut dipercayai
merampas tiga bendera Sang Saka Malaya, sebelum dia menyatakan itu bukan
bendera Malaysia," katanya.
Sang Saka Malaya
adalah bendera yang pernah direka bentuk khas menerusi tuntutan Parti
Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) sebelum mencapai kemerdekaan. Aktivis politik,
Hishamudin Rais, aktivis mahasiswa, Adam Adli dan Safwan Anang turut hadir
dalam majlis tersebut.
No comments:
Post a Comment