Kekecewaan gerakan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) terhadap
kepimpinan Anwar boleh di ibarat sebagai retak menanti belah. Walaupun
pelbagai usaha telah dijalankan agar pepecahan ini tidak sampai ke
pengetahuan umum, namun semua usaha itu langsung tidak membuahkan
sebarang hasil.
Rata-rata pemerhati politik mengetahui, SAMM adalah merupakan
platform politik ciptaan Badrul Hisyam Shaharin (CheguBard) konon
bertujuan untuk mewujudkan gerakan anak muda terutama golongan
mahasiswa. Usaha yang dilakukan ini semata-mata untuk menarik perhatian
Anwar Ibrahim agar memilih dirinya untuk diletakkan sebagai calon PKR
dalan PRU-13 nanti.
Ini kerana dia mengetahui, tanpa gerakan tersebut adalah mustahil
untuk dirinya melepasi sokongan jaringan kumpulan terbesar PKR yang
diketui oleh Azmin Ali. Dan paling ditakutinya ialah terdapat percubaan
demi percubaan untuk membunuh karier politiknya di Rembau. Gerakan yang
dimaksud bukan dari parti BN/UMNO tetapi dikalangan pimpinan PKR sendiri
yang merasaikan kehadiran Chegu Bard merupakan lialibiliti pada parti.
Kemelut bermula apabila CheguBard merasakan terdapat aturan untuk
memastikan dirinya dipinggirkan dari kerusi Ketua Cabang PKR Rembau. Ia
diburukkan lagi dengan percaturan ‘tangan-tangan ajaib’ yang
menyikirkannya dari terus memegang jawatan sebagai Ahli Majlis
Pimpinan Tertinggi PKR.
Kemuncaknya, apabila kenyataan dan tindakan yang dikeluarkannya
dilihat seolah-olah cuba untuk melancarkan perang terhadap kepimpinan
PKR terutamanya Azmin Ali dan Shamsul Iskandar Md. Akin. Sehingga
cakap-cakap politik mengatakan, dia telah membuat keputusan untuk keluar
dari PKR. Dan ia amat mengecewakan para penyokongnya, maka ketetapan
telah dibuat untuk menubuhkan platform NGO. Ia semata-mata bertujuan
untuk mewujudkan gerakan mahasisiwa dan anak muda agar penglibatanya di
peringkat nasional dapat dilihat.
Namun segala usaha dan penat lelah tersebut langsung tidak dihargai
oleh Anwar Ibrahim dan Azmin Ali. Mereka masih merasakan Chegu Bard dan
gerakan SAMM adalah merupakan pengacau di dalam gerakan dan kumpulan
Azmin Ali. CheguBard dan SAMM dilihat hanya berniat untuk menghapuskan
peranan dan populariti Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang diketui oleh
Shamsul Iskandar.
Sebagai contoh, lihat sahaja artikel yang keluarkan oleh blog
pro-pembangkang yang mengkritik secara terbuka kegagalan Chegu Bard
dalam mengerakkan anak muda untuk himpunan ‘pemanas badan’. Walaupun
pada mulanya pihak penganjur mensasarkan kehadiran seramai 10,000 ribu
orang, namun malangnya program tersebut hanya dihadiri sekitar 500 orang
sahaja.
Terbaru, sila rujuk kenyataan Safwan Anang, Pengerusi SAMM yang
melahirkan rasa kekecewaan apabila gerakan mereka seolah-olah tidak
disambut dengan sewajarnya oleh pakatan pembangkang khususnya pimpinan
PKR. Ramai juga diantara mereka sudah mula, merasa jauh hati dan bosan
serta tidak ketinggalan ada juga yang telah mula pulang ke rumah
masing-masing. Akhirnya mereka sedar perjuangan mereka hanyalah sia-sia.
Ternyata mereka telah mula sedar enggan untuk terus dipergunakan atau
dalam bahasa muda terus dijadikan kuda tunggangan dalam merealisasikan
impian dan nafsu serakah Anwar untuk menduduki kerusi di Putrajaya.
Apa yang diharapkan, semoga selepas ini makin ramai lagi di kalangan
mereka yang dibukakan hati untuk berfikir secara matang dan waras dalam
membuat keputusan.