Jabatan Agama Islam
Melaka (Jaim) giat melakukan pemantauan berterusan bagi membanteras kegiatan
berkaitan ajaran Syiah supaya tidak berlaku di negeri itu.
Ketua Menteri, Datuk
Idris Haron berkata, tindakan secara tepat sukar dilaksanakan rentetan mereka
yang tidak bertanggungjawab bijak menyebarkan fahaman berkenaan.
“Tindakan
undang-undang kita tidak dapat diambil secara tepat kecuali kita ada laporan
berbentuk audio, video yang memantau pergerakan mengenal pasti siapa mereka.
“Bagaimanapun satu
enakmen sudah dikeluarkan bahawa Syiah ditolak dan dianggap ingkar serta sesat
di negeri ini,” katanya.
Beliau berkata
demikian selepas menyampaikan sumbangan kepada bakal-bakal haji peringkat
Parlimen Tangga Batu di Masjid Al-Faizin, Bukit Rambai, semalam.
Idris berkata,
risalah yang menyebarkan fahaman itu jelas mengelirukan orang ramai dan rujukan
kepada pihak yang arif seperti ke pejabat agama perlu dilakukan bagi mengelak
terjebak dengan ajaran berkenaan. Sementara itu,
seramai 640 orang di Melaka akan menunaikan haji pada tahun ini.
“Umat Islam di negara
ini dapat merayakan Aidilfitri dan sambutan kemerdekaan dengan aman. Malah
dapat menunaikan haji dengan selesa.
“Inilah hasil
kesyukuran yang dinikmati selama ini,” katanya.
No comments:
Post a Comment