Showing posts with label Syiah Sesat. Show all posts
Showing posts with label Syiah Sesat. Show all posts

14 September 2013

Video : Diumpan Dengan Harta, Belia Terpengaruh Syiah Sesat @khalidismath




Mudah termakan umpan apabila dijanjikan pelbagai kemudahan dan harta benda. Itu antara punca golongan belia mudah terpengaruh dengan ajaran Syiah. Mufti Negeri Kedah, Datuk Muhamad Baderuddin Ahmad berkata, faktor ajaran syiah yang membenarkan perkahwinan mutaah juga menjadikan golongan muda mudah tertarik dengan ajaran itu.

Pihak Berkuasa Perlu GEMPUR Kubu Syiah




Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang bersidang pada 5 Mei 1996 telah membincangkan Syiah Di Malaysia. Muzakarah itu telah memutuskan bahawa:

1)    Bersetuju supaya keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa yang telah diadakan pada 24 dan 25 September 1984 [Kertas Bil. 2/8/84, Perkara 4.2. (2)] mengenai aliran Syiah yang menetapkan seperti berikut: Setelah berbincang dan menimbang kertas kerja ini Jawatankuasa telah mengambil keputusan bahawa hanya Mazhab Syiah dari golongan al-Zaidiyah dan Jaafariah sahaja yang diterima untuk diamalkan di Malaysia dimansuhkan.

2)    Menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak.

10 September 2013

Pas Penyebar Utama Syiah Di Malaysia @PASPusat @DPPMalaysia




Penganut Syiah tidak dibenarkan menjadi ahli Pas kerana ajaran itu bercanggah dengan perlembagaan parti yang hanya mengiktiraf akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Naib Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, kepemimpinan ulama Pas bersikap tegas menolak pengaruh Syiah di dalam parti.

Menurut beliau, ‘pengaruh Iran’ memang wujud di dalam Pas, namun fenomena itu tiada kaitan dengan ajaran Syiah. Pengaruh itu timbul ekoran kekaguman terhadap kejayaan Revolusi Iran menumbangkan sistem monarki di bawah pimpinan Ayatollah Khomeini," katanya

Pengikut Syiah SESAT, Mohon Keluar Dari Islam @khalidismath




Pengikut-pengikut tegar Syiah sanggup memohon untuk diisytiharkan keluar daripada Islam semata-mata bagi mengamalkan ajaran itu secara terbuka. Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Razali Shahabudin berkata, perkara itu diketahui menerusi ratusan salinan surat permohonan yang diterima pihak Jakim.

Katanya, surat-surat yang turut disertakan bersama salinan kad pengenalan pengikut itu dengan jelas berniat untuk mendapatkan perkenan atau kelulusan Jakim bagi menukar agama.

"Kita tidak boleh berkompromi dalam konteks membanteras Syiah yang semakin serius ini, sama ada sedar atau tidak, kita betul-betul dicabar.

04 September 2013

Ahmad Dhani Mengaku Anuti Fahaman Sesat Syiah @AHMADDHANIPRAST


Semakin jelas tanpa berselindung lagi, penyanyi Indonesia ini merupakan agen syiah. Yang terbaru Ahmad Dhani di dakwa mengeluarkan kenyataan kontroversi apabila beliau dengan selamba menyatakan bahawa Imam Khomeini (laknatullah) sah berketurunan Nabi SAW.

"Imam Khomeini jelas shohih keturunan Nabi Muhammad SAW... yang lain gak jelas, dan gak shohih," tegas Ahmad Dhani melalui akaun Twitter Dhani Ahmad Prasetyo @AHMADDHANIPRAST.

Ahmad Dhani juga sebelum ini telah membuat kontroversi bila kenyataannya " Dalam Kitab Al-Thaharah karya Khomeini Al-Khabits, juz 3 hal 457. Dia mendakwa Saidatina Aisyah lebih najis dari anjing dan babi".

01 September 2013

Melaka Pantau Dan Banteras Fahaman Sesat Syiah




Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) giat melakukan pemantauan berterusan bagi membanteras kegiatan berkaitan ajaran Syiah supaya tidak berlaku di negeri itu.

Ketua Menteri, Datuk Idris Haron berkata, tindakan secara tepat sukar dilaksanakan rentetan mereka yang tidak bertanggungjawab bijak menyebarkan fahaman berkenaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...