Showing posts with label bersih. Show all posts
Showing posts with label bersih. Show all posts

15 January 2014

@bersih2 @mariachin @Ambiga_S Akhirnya DALANG Himpunan Jalanan Mengakui Demo Tak Mampu Selesai Masalah




Setelah menganjurkan pelbagai siri himpunan jalanan yang menyusahkan majoriti rakyat, menyukarkan penjaja kecil untuk berniaga, merosakkan harta benda awam dan sebagainya NGO Bersih akhirnya mengakui tindakan tersebut tidak akan menyelesaikan masalah.

Menurut Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah menegaskan bahawa demonstrasi tidak akan menyelesaikan semua masalah dan kepincangan sistem pilihan raya negara.

07 July 2012

DIMANA BAR COUNCIL KETIKA SAIFUL BUKHARI PERLUKAN PEMBELAAN??


Mahkamah Tinggi baru-baru ini telah mengeluarkan laporan penuh mengenai Alasan Penghakiman Penuh berhubung kes liwat Saiful Bukhari. Dan sebagai warganegara yang merasakan dirinya telah di aniaya adalah wajar untuk Saiful Bukhari diberikan pengadilan yang sewajarnya. Sekiranya sebelum ini barisan peguam Anwar Ibrahim mengunakan sebaik mungkin haknya melalui pelbagai ruang dan peluangnya untuk mengemukkan pelbagai bantahan dan permohonan yang ada kalanya tidak masuk akal sehingga menyebabkan kes ini tertangguh buat sekian lamanya.

07 June 2012

WATAK MENDALIAR vs AMBIGA : PERSAMAAN ATAU KEBETULAN????


Banyak sekali perkara yang boleh kita pelajari daripada Sulalatus Salatin, kesusasteraan historiografi kita. Antara lain, ketika kita berasa rumit untuk memahami mengapakah Pas dan PKR kelihatan akrab dengan Ambiga Sreenevasan, buku klasik itu pasti membantu. Saya sebenarnya sejak dulu tertarik kepada watak Raja Mendaliar. Namun, saya sendiri tidak membuat tafsiran. Pada masa lepas, biarpun terdapat kupasan oleh beberapa pengkaji kesusasteraan lama tentang tokoh ‘yang berjasa’ itu, saya sekadar membacanya secara sambil lewa. Saya tertumpu pada teks, bukan kupasan.

02 June 2012

PERBEZAAN ANTARA KEBANGKITAN DAN KEGANASAN


PADA 2 Februari 2011, stesen televisyen satelit Al Jazeera menyiarkan kenyataan Dr. Yusof Qardhawi mengenai rusuhan di Mesir sebagai 'wajib disertai rakyat yang sihat dan mereka yang mati ketika berdemonstrasi sebagai syahid'. Ketika itu, kenyataan Dr. Yusof dilihat sebagai pandangan khusus yang merujuk pada suasana politik Mesir, yang sedang melalui masa yang sangat genting. Sebagai Ketua Ulama Islam Sedunia, ucapan itu disiarkan dua hari sebelum menjelangnya Perarakan Jutaan Umat di Dataran Tahrir, Kaherah yang dianjurkan untuk mendesak Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan. Itu isu lama yang berlaku lebih setahun lalu.

17 May 2012

Peliharalah keamanan, hindari rosakkan negara


SAYA ingin membincangkan dan berkongsi pendapat mengenai Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang semakin hampir. Pelbagai pihak memberi pandangan serta komen mengenai tarikh PRU-13 itu. Namun tarikh sebenar hanya akan diketahui apabila diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Anwar ingin sertai UMNO tidak mengejutkan


PENDEDAHAN Senator Ezam Mohd. Noor bahawa Anwar Ibrahim pernah merayu kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi agar membawanya masuk ke dalam UMNO semula, menarik untuk diteliti tentang siapa Anwar sebenarnya dalam perjudian politiknya ingin menjadi Perdana Menteri.

Bersih 3.0: Unit Amal Mengaku GAGAL



Rusuhan Bersih 3.0 pada 28 April yang lalu telah memalitkan sejarah hitam buat negara. Namun portal dan blog-blog pakatan dilihat semakin terdesak dan berhempas pulas untuk meyakinkan rakyat dengan memberikan seribu satu alasan untuk ‘menghalalkan’ perbuatan tersebut. Antaranya dengan menyalahkan kerajaan dan pihak polis sebagai pencetus kepada rusuhan tersebut. 

15 May 2012

Tindakan biaDAP penyokong BERSIH

Kebiadapan mereka dengan pelbagai provokasi seolah-olah tiada batasnya...


Ayuh dan bangkitlah rakyat Malaysia... Kecam perbuatan yang kurang ajar ini...

Dokumentari Khas : Bersih itu KOTOR!!!!!

SAKSIKAN DOKUMENTARI KHAS BERSIH ITU KOTOR



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...