Showing posts with label Ridhuan Tee. Show all posts
Showing posts with label Ridhuan Tee. Show all posts

29 August 2013

Antara Hak Asasi Manusia vs Hak ALLAH




Oleh : Ridhuan Tee Abdullah

Saya ingatkan isu ratu cantik Melayu sudah berakhir. Rupa-rupa masih lagi dipertikaikan oleh segelintir wanita yang memimpin NGO wanita menggunakan nama Islam. Tidak perlu saya sebutkan nama penuhnya. Semua orang tahu.

NGO ini mempertikaikan undang-undang syariah negara kita yang dikatakan satu-satunya negara di dunia yang telah meletakkan pendapat ulama sebagai undang-undang negara tanpa terlebih dahulu menempuh proses perundangan dan setelah itu menetapkan sebagai satu kesalahan bagi sesiapa yang mencabar pendapat tersebut.

28 August 2013

Wahai Melayu, BERSATULAH Demi Islam




Saya sangat teruja dan amat berterima kasih kepada Professor Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee di atas tulisan beliau dalam ruangan rencana Utusan Malaysia 16 Ogos 2013 yang lalu. Ternyata bahawa ulasan beliau cukup benar, tepat dan sewajarnya di renung sedalam-dalamnya oleh bukan sahaja orang Cina Malaysia bahkan oleh orang Melayu yang suci lagi lembut hatinya.

Adalah diharapakan agar ulasan tersebut bukan sahaja dapat membuka mata, bahkan menyedarkan mereka terutamanya golongan ultra kiasu Cina betapa murninya hati bangsa saya yang bernama Melayu. Banyak insiden atau peristiwa di mana bukan sahaja Melayu dihina bahkan agama suci mereka dicerca dan diperlekehkan. Namun Melayu hanya mampu buat bantahan melalui media dan laporan polis. Laporan polis tidak mampu menghentikan tindakan mereka. Di manakah maruah Melayu? Hari ini Melayu terus dihina lagi.

Bahaya Ultra Kiasu Kepada Negara




Oleh : Ridhuan Tee Abdullah

Beberapa bulan yang lalu, saya dijemput berceramah (forum) oleh sebuah pertubuhan Islam di Singapura. Malangnya, setiba di sana saya ditahan dan disoal siasat selama 1 jam. Saya tidak tahu sebab musababnya. Tiga bulan lalu saya turut dijemput, tidak timbul masalah sebegini.

Sebelum itu, sudah lama juga (hampir 4 tahun) saya tidak ke Singapura kerana tidak dapat clearance daripada pihak berkuasa di sana. Saya sudah dapat agak sebabnya. Cuma, kali ini (2013) saya hairan kerana saya dijemput semula. Seperti biasa saya menerima jemputan tersebut.

27 August 2013

Singapura Maju Disebabkan Malaysia




Oleh : Rinduan Tee Abdullah
Tulisan ini tidak disenangi oleh beberapa pemimpin UMNO. Saya tidak kisah. Saya ada hak untuk bersuara. Saya begitu teruja untuk mengulas pendapat Lee Kuan Yew ketika melancarkan buku terbaharunya bertajuk, One Man’s View of the World pada 6 Ogos 2013.

Sebelum itu, nasihat saya kepada bekas Perdana Menteri ini, beritahu anak, jagalah orang Melayu Singapura baik-baik ketika usia emas ini. Pastikan mereka boleh duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan Cina di sana. Tidak perlulah banyak komen sangat tentang keadaan politik di Malaysia sehingga sanggup menuduh kerajaan Malaysia sanggup korban talent semata-mata untuk menaikkan orang Melayu. Ketuanan Melayulah yang menyebabkan Malaysia mundur, kehilangan talent dan sebagainya.

24 August 2013

Apa Lagi Bukan Islam Mahu!




Oleh : Ridhuan Tee Abdullah

Mentang-mentang pengerusi sebuah NGO ini seorang peguam, sikit-sikit keluar kenyataan mahu menyaman kerajaan. Pada saya, tiada siapa yang larang. Negara ini, negara demokrasi sesiapapun ada hak. Menang atau kalah, biar mahkamah menentukan. Tidak perlu gertak sana, gertak sini. Sepanjang pengetahuan saya, banyak kes yang melibatkan sensitiviti agama, ada masa kita kalah, ada ketika kita menang. Kita menerima seadanya tanpa banyak soal. Contoh, kes perebutan mayat Nyonya Tahir 2008.

Setelah mahkamah memutuskan, menyerahkan mayat beliau kepada keluarga bukan Islam, kita menerima dengan dada terbuka tanpa banyak soal. Begitu juga kes Indira dan Ridzuan. Dua anak sudah berada di tangan ibunya. Tinggal seorang di tangan bekas suami.

29 June 2012

CHAUVINIS ULTRA KIASU : MAKANAN DAN HIBURAN


Seorang pembaca bernama Razali, meminta saya menulis mengenai agenda ultra kiasu melalui makanan kerana mulai 1 Julai 2012, di bawah Seksyen 16 Akta Perihal Dagangan 2011 (APD2012), pengusaha yang tidak mempamerkan logo halal, yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan diberi amaran, sebelum tindakan denda dan penjara dikuatkuasakan. Semua pihak maklum, banyak insiden yang disengajakan berlaku seperti penemuan gelatin (minyak) babi dan kaki katak dalam makanan. Ini tidak termasuk soal sembelihan, halal haram dalam muamalat dan aspek kehidupan seharian lain. Sebenarnya, tajuk sebegini pernah saya kupas sebelum ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...