Showing posts with label British. Show all posts
Showing posts with label British. Show all posts

30 August 2013

Menyanggah Pemutar Belit Sejarah




Untuk mengatakan bahawa Malaya ditadbir secara demokratik di bawah pemerintahan British adalah kurang bijak. Dan, untuk mengeluarkan dakwaan 'terbaharu' hanya lima hari sebelum negara menyambut Hari Kemerdekaan Ke-56 kononnya - asas kemerdekaan itu bermula apabila British memerdekakan negara-negara jajahan mereka di Afrika dan ia diperluaskan kepada negara-negara jajahan mereka yang lain - juga kurang cerdik.

Tiada tanah jajahan waktu sebelum era merdeka yang boleh mengharapkan tanggapan seperti ini, walaupun di negeri-negeri Kesultanan Melayu yang lebih dikenali sebagai naungan British dan bukannya tanah jajahan secara terang-terangan.

28 August 2013

Wahai Melayu, BERSATULAH Demi Islam




Saya sangat teruja dan amat berterima kasih kepada Professor Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee di atas tulisan beliau dalam ruangan rencana Utusan Malaysia 16 Ogos 2013 yang lalu. Ternyata bahawa ulasan beliau cukup benar, tepat dan sewajarnya di renung sedalam-dalamnya oleh bukan sahaja orang Cina Malaysia bahkan oleh orang Melayu yang suci lagi lembut hatinya.

Adalah diharapakan agar ulasan tersebut bukan sahaja dapat membuka mata, bahkan menyedarkan mereka terutamanya golongan ultra kiasu Cina betapa murninya hati bangsa saya yang bernama Melayu. Banyak insiden atau peristiwa di mana bukan sahaja Melayu dihina bahkan agama suci mereka dicerca dan diperlekehkan. Namun Melayu hanya mampu buat bantahan melalui media dan laporan polis. Laporan polis tidak mampu menghentikan tindakan mereka. Di manakah maruah Melayu? Hari ini Melayu terus dihina lagi.

14 May 2012

Tangisan Anak Merdeka

Tidak berapa lama dahulu penulis menerima satu jemputan untuk bersama-sama menyaksikan satu persembahan teater yang di adakan di Maktab Polis Diraja, Cheras, Kuala Lumpur. Persembahan teater itu telah di persembahkan oleh Kumpulan Kesenian Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur yang bertajuk ‘Tangisan Api Kemerdekaan’.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...