Showing posts with label Gereja Katolik. Show all posts
Showing posts with label Gereja Katolik. Show all posts

09 September 2013

Kerajaan BN Tetap Pertahan Kalimah ALLAH



Walaupun Pas Dakwa Mereka Pejuang Islam, Namun Mereka Akur Dengan Tuntutan Kristian Untuk Guna Kalimah Allah
Apabila penggunaan perkataan "Allah" akan di bawa mahkamah pada Selasa depan, kerajaan Malaysia akan berhujah bakal berlakunya kecelaruan umum sekiranya Mahkamah Rayuan membenarkan bukan Muslim menggunakan perkataan itu.

Dalam afidavit, Putrajaya akan menggunakan insiden serangan ke atas beberapa gereja sebagai contoh termasuk penghinaan kepada masjid dengan tindakan meletakkan kepala babi yang mana akan mewujudkan ketegangan jika mahkamah mengulangi keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 yang membenarkan Gereja Katolik menggunakan perkataan "Allah".

27 August 2013

Taiko ANWAR-DAP-GEREJA Bentuk Gerakan Kristianisasi




Kemenangan kerajaan dalam permohonannya menolak rayuan pihak Gereja Katolik untuk mengenepikan permohonan untuk merayu keputusan Mahkamah Tinggi berhubung isu kalimah Allah disambut umat Islam dengan penuh kesyukuran dan kelegaan. Keputusan Mahkamah Rayuan 22 Ogos lalu di Putrajaya bermakna perbicaraan penuh akan berlangsung mulai 10 September depan.

Perjuangan masih belum selesai dalam mempertahan kesucian kalimah Allah yang kini direbut oleh puak-puak Kristian untuk digunakan sebagai terjemahan istilah 'God' di dalam kitab Injil berbahasa Melayu yang dipanggil 'Al Kitab'. Isunya tidaklah berbelit-belit seperti mana yang cuba digambarkan oleh pihak Kristian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...