Showing posts with label Harga Minyak Naik. Show all posts
Showing posts with label Harga Minyak Naik. Show all posts

09 September 2013

Harga Minyak Naik : Apa Nak Buat?????



Mungkin Ini Juga Antara Jalan Penyelesaian Untuk Hadapi Kenaikan Harga Minyak
Kenaikan harga minyak petrol dan diesel baru-baru ini seharusnya menyedarkan rakyat Malaysia mengenai betapa pentingnya mengamalkan perbelanjaan berhemah.

Daripada merungut dan membuat aksi 'flash mob' untuk membantah tindakan kerajaan menaikkan harga petrol dan disel sebanyak 20 sen dan RON95 sebanyak 15 sen, lebih elok rakyat berfikiran positif dan pro-aktif bagaimana hendak membuat 'adjustment' atau penyesuaian kepada gaya hidup mereka.

Pembangkang akan melihat isu ini sebagai modal politik  mereka untuk menyerang kerajaan. Pembangkang hanya tahu satu perkara sahaja untuk mengurus kewangan negara, sama ada menurunkan harga barangan atau menghapuskan sama sekali seperti dalam kes pinjaman pendidikan PTPTN.

05 September 2013

Kerajaan Perlu Pertimbangkan Semula Tambat Nilai Ringgit




Dalam kepayahan kita mencerna berita pengurangan subsidi minyak, berbagai-bagai persoalan dikemukakan mengenai rasional tindakan ini diambil. Ramai yang melihat bahawa pengurangan subsidi minyak seharusnya menjadi pilihan terakhir untuk merancakkan ekonomi negara.

Ini bukan kali pertama subsidi dikurangkan. Dari pengalaman Malaysia, telah beberapa kali subsidi dikurangkan dan setiap kali juga ia akan berhadapan dengan kemarahan rakyat. Apa yang penting ialah kerajaan harus menunjukkan bahawa langkah ini diambil sebagai pilihan terakhir.

Harga Ron97 Naik 15 Sen Mulai Hari Ini




Harga minyak petrol RON97 naik harga lagi sebanyak 15 sen berkuatkuasa mulai 5 September 2013 di Malaysia. Jualan runcit petrol RON97 kini naik kepada RM2.85 seliter berbanding RM2.70 seliter. Kenaikan harga petrol RON97 juga dipercayai akibat kenaikan harga pasaran minyak dunia. Oleh itu, kerajaan berhak untuk menaikkan harga tersebut berdasarkan pasaran RON97 semasa.


Punca Kenaikan RON97 Mulai 5 September 2013

Harga pasaran RON97 adalah disebabkan harga pasaran semasa minyak dunia. Kenaikan harga RON97 merupakan sesuatu yang ditentukan oleh pasaran bukan oleh kerajaan.


Harga Terkini Selepas RON97 Naik 15 Sen

RM2.85 Per Liter Selepas Naik Harga
RM2.70 Per Liter Sebelum Naik Harga
Jumlah Kenaikan: 15 Sen berkuatkuasa 5 September 2013

Perkara ini turut disahkan oleh Timbalan Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Abu Samah Bachik. Pada masa yang sama, kenaikan harga minyak ini tidak akan menyebabkan kenaikan harga barang. Kerajaan akan memantau dan mengambil tindakan serius terhadap peniaga yang menaikkan harga dengan sewenangnya. Terdahulu, kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen bermula 3 September.

03 September 2013

Rasional Disebalik Kenaikan Harga Minyak @NajibRazak




Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan mengumumkan kenaikan 20 sen bagi setiap liter petrol RON95 dan diesel berkuatkuasa selepas tengah malam tadi. Langkah itu adalah sebahagian daripada peringkat proses rasionalisasi subsidi kerajaan yang telahpun dimuktamadkan oleh kerajaan sebelum ini. Yang jelas, kerajaan bertekad memastikan proses itu berjalan secara berperingkat untuk memastikan kesannya tidak membebankan rakyat.

Semua tahu harga bahan bakar amat bergantung kepada harga pasaran bahan tersebut di peringkat antarabangsa. Dan semua tahu bahawa betapa kerajaan sekian lama meneruskan subsidi barangan keperluan termasuklah petrol, diesel dan gas, sehinggakan harga bahan tersebut di pasaran negara kita jauh lebih rendah daripada banyak negara walaupun garis penentuan harga adalah sama.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...