Showing posts with label Lee Lam Thye. Show all posts
Showing posts with label Lee Lam Thye. Show all posts

26 August 2013

Pengajaran Dari Tragedi Bas Genting




Simpati dan takziah saya untuk keluarga dan sanak-saudara 37 orang yang maut dalam kemalangan bas di Genting Highlands, Rabu lalu. Masih dalam suasana raya, tragedi ini tentu sekali paling memilukan. Melihat apa dipaparkan di akhbar, juga pada skrin TV, kita dapat merasakan betapa kengerian dan penderitaan dialami oleh mereka yang terlibat dalam nahas jalan raya terburuk itu.

Semoga keluarga dan orang-orang terdekat menerima musibah ini dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Marilah kita sama-sama berdoa – dan membantu apa yang boleh – mudah-mudahan mereka yang cedera segera pulih untuk meneruskan hidup.

17 May 2012

Melayu tiada tempat dalam DAP


SEJARAH penyertaan orang Melayu atau pemimpin Melayu dalam DAP penuh ranjau berduri. Kalau boleh dikaji senarai kepemimpinan Pusat parti itu, orang Melayu dan Bumiputera yang membentuk hampir 67 peratus rakyat hanya mempunyai dua wakil sahaja. Bumiputera Sabah dan Sarawak pula langsung tidak diwakili.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...