Blog-blog pembangkang minggu ini dilihat begitu teruja untuk
memberikan sedikit tumpuan dan promosi kepada gerakan aktivis pelajar
dokongan mereka. Namun bukan kerana kehebatan gerakan mendapat keputusan
yang cemerlang dalam bidang pengajian masing-masing. Tetapi kerana
kejayaan pakatan pembangkang dalam mendoktrinkan ideologi untuk
didokongi golongan ini, agar bersama dalam misi pembangkang untuk
meletakkan Anwar Ibrahim di Putrajaya.