Showing posts with label Akhbar Cina. Show all posts
Showing posts with label Akhbar Cina. Show all posts

06 September 2013

DAP Berpecah Kerana Kongsi Gelap




Akhbar Nanyang Siang Pau semalam memperlihatkan kebimbangan dengan kewujudan begitu banyak kumpulan kongsi gelap dengan menyiarkan artikel bertajuk “Kawal dan Banteras Kongsi Gelap”. Kita sedia maklum bahawa selama ini, Nanyang Siang Pau seperti juga akhbar-akhbar berbahasa Cina yang lain begitu tegar menyebarkan prejudis dan kebencian terhadap kerajaan.  

Sehubungan dengan itu, mereka sentiasa cenderung menyokong pembangkang, dan secara terang-terangan membawa agenda DAP. Tanpa memuji pihak polis yang giat menggempur kongsi gelap, akhbar tersebut mengajak rakyat mengambil serius masalah ini. Pendirian akhbar ini atau artikel ini, dilihat agak bercelaru dengan pendirian pembangkang yang kini sedang giat membela kongsi gelap.

30 August 2013

Penulis Akhbar Cina, Tuduh Tun Mahathir Bapa Segala Masalah




Akhbar Nanyang Siangpau bertarikh 23 Ogos, melalui ruangan Pendapat YuanLun memaparkan nukilan penulis bebas, Chew Siew Siang berkenaan pejuang di dalam UMNO. Pemerintahan pakatan pembangkang di Kedah dengan kedegilan dan pentadbiran melawan arus oleh Pas, PKR pula tidak dapat mempertahankan serta DAP tiada kekuatan, maka rakyat terpaksa kembali kepada UMNO.

Ada yang ambil kesempatan bangkit kembali ketika keadaan sedang teruk, di mana Datuk Mukhriz anak Tun Dr. Mahathir Mohamad memungut saki baki sokongan itu menjadi tonggak kekuatan diri, pergunakan keadaan itu untuk hebahkan ke seluruh negara bahawa orang Melayu undi UMNO, bukan kerana UMNO kuat tetapi kerana orang Melayu tidak sukakan pakatan pembangkang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...