Showing posts with label Jenayah Tembak. Show all posts
Showing posts with label Jenayah Tembak. Show all posts

29 September 2013

Pembangkang Wajar Sokong Pindaan PCA #azeezrahim4MT @azeezputera




Dalam mencari jalan penyelesaian bagi menangani isu jenayah yang semakin membimbangkan, pembangkang diminta supaya menyokong pindaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) yang bakal dibentangkan untuk bacaan kali kedua minggu hadapan.

Ahli Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, pembangkang seharusnya mengenepikan perbezaan politik demi kesejahteraan rakyat yang khuatir dengan dengan peningkatan kadar jenayah mutakhir ini.

24 August 2013

Wira Songsang : Biar Polis Mati, Asalkan Penjenyah Hidup Bebas




Sememangnya adalah sesuatu yang memualkan apabila ada pihak cuba menjadi 'wira songsang' kepada penjenayah-penjenayah yang ditembak mati oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM). Kelompok ini sama sekali tidak pernah mahu mengkaji kenapakah polis terpaksa melakukan tindakan berkenaan dan kenapakah penjenayah tersebut perlu dihapuskan.

Apa yang mereka tahu ialah mempersoalkan prosedur yang digunakan oleh PDRM dalam melakukan serbuan dan bercakap berdegar-degar soal hak asasi manusia. Berikutan itu, kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mempertahankan tindakan polis dalam usaha membanteras jenayah khususnya jenayah berat tidak ada salahnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...