Timbalan Menteri
Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata polis tidak akan
berkompromi malah akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu
termasuk ahli politik sekiranya terbukti terlibat kongsi gelap. Beliau yakin
polis mampu mengumpul maklumat terperinci untuk membuktikan sesiapa sahaja yang
terlibat kongsi gelap tidak kira ahli politik atau tidak.
"Malahan
undang-undang juga akan dikuatkuasakan supaya polis tidak disalahtafsirkan
berkompromi dengan penjenayah," katanya.
