Showing posts with label DAP Penang. Show all posts
Showing posts with label DAP Penang. Show all posts

24 January 2014

@cmlimguaneng @dapmalaysia Kerajaan DAP @roketkini Penang, Halau Peniaga Melayu Dengan Notis 3 Hari


Kali ini hanya 3 hari diberi kepada gerai-gerai Tanjung Tokong kepunyaan orang Melayu untuk diroboh oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

10 September 2013

Apa Motif Guan Eng 'Tokong' Burukkan Malaysia Di Luar Negeri @cmlimguaneng




Ada Udang Disebalik Batu

Pengkhianat didefinisikan sebagai manusia yang mengambil kesempatan di atas kepercayaan yang telah diamanahkan kepadanya untuk menjaga kepentingan bersama. Apakah pengkhianat ini mengkhianati pihak sendiri atau memerangkap musuh atau menawarkan harga lumayan kepada musuh untuk kepentingan peribadi semata-mata?

Themistocles, salah seorang ahli falsafah dan politik Yunani yang terkenal telah menjadi seorang pemimpin yang popular di kalangan rakyat bawahan Yunani dengan dasar-dasar populis beliau. Apabila puak Persia menyerang Yunani pada tahun 480 S.M., tentera Yunani mempunyai lebih kurang 200 buah kapal manakala tentera Persia ada 700 kapal.

Themistocles sedar bahawa mereka perlu mengundur diri atau menyerah kalah, maka dengan bijaknya beliau telah menghantar pembantu yang dipercayainya untuk menjadi pengintip untuk meresap ke dalam pihak Persia serta menjadi pengkhianat di kalangan tentera Persia setelah mendapat kepercayaan penuh mereka. 

29 August 2013

Cara Halus DAP Penang Untuk Halau Orang Melayu




Kerajaan DAP Pulau Pinang akan menaikkan surcaj pemuliharaan air (WCS) sebanyak 100 peratus bagi penggunaan domestik bermula 1 September ini. Pengurus Besar Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. (BPAPP), Ir. Jaseni Maidinsa berkata, WCS itu akan dinaikkan daripada 24 sen kepada 48 sen setiap 1,000 liter untuk penggunaan melebihi 35,000 liter sebulan bagi menggalakkan penggunaan air yang lebih bijak.

Katanya, penggunaan air domestik di negeri ini terlalu tinggi dan PBAPP tiada pilihan lain selain menaikan kadar WCS bagi menggalakkan pemuliharaan atau penjimatan air. Penggunaan air domestik per kapita di Pulau Pinang telah mencapai tahap tertinggi iaitu 302 liter per kapita sehari sehingga 30 Jun lalu berbanding 294 liter per kapita tahun lalu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...