Kerajaan DAP Pulau Pinang akan
menaikkan surcaj pemuliharaan air (WCS) sebanyak 100 peratus bagi penggunaan
domestik bermula 1 September ini. Pengurus Besar Perbadanan Bekalan Air Pulau
Pinang Sdn. Bhd. (BPAPP), Ir. Jaseni Maidinsa berkata, WCS itu akan dinaikkan
daripada 24 sen kepada 48 sen setiap 1,000 liter untuk penggunaan melebihi
35,000 liter sebulan bagi menggalakkan penggunaan air yang lebih bijak.
Katanya, penggunaan air domestik
di negeri ini terlalu tinggi dan PBAPP tiada pilihan lain selain menaikan kadar
WCS bagi menggalakkan pemuliharaan atau penjimatan air. Penggunaan air domestik
per kapita di Pulau Pinang telah mencapai tahap tertinggi iaitu 302 liter per
kapita sehari sehingga 30 Jun lalu berbanding 294 liter per kapita tahun lalu.
