Showing posts with label Tengku Adnan Mansor. Show all posts
Showing posts with label Tengku Adnan Mansor. Show all posts

25 January 2014

@MukhrizMahathir @NajibRazak BN Akan Kalah Pilihanraya, Kenyataan Telah Di Putar Belitkan



ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menafikan membuat kenyataan bahawa Umno akan berdepan kekalahan pada PRU14 berikutan Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak popular dalam kalangan rakyat.

Katanya, kenyataan beliau itu yang dipetik dalam sebuah akhbar Ahad lalu, telah diputar belit dengan sengaja oleh blog-blog pro-pembangkang.

08 January 2014

Hard Rock : Tajuk Laporan Malaysiakini Berniat Jahat Untuk Wujudkan Sentimen Kebencian @mkini_bm @nohomar @MuhyiddinYassin




Seperti yang telah di duga, portal pembangkang Malaysiakini begitu berminat untuk melaporkan isu yang boleh menimbulkan sentimen, kebencian dan kemarahan masyarakat berbanding laporan yang bersifat telus dan adil.

Terbaru mereka cuba mewujudkan sentimen kebencian masyarakat khususnya mereka yang bukan beragama Islam dengan laporan jahat yang bertajuk, ‘Menteri OK Dengan Hard Rock, Tetapi Versi Nasyid’.

06 September 2013

Pembangkang Guna Isu Kuil Timbul Ketegangan Kaum




Kejayaan DAP mengukuhkan kedudukan di Parlimen kepada 38 kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu menjadi petanda bahawa kemelut perkauman di negara ini akan bertambah buruk. Malah sebelum dan pasca PRU 2008 negara sudah dibelenggu dengan pelbagai isu yang dikaitkan dengan isu rasisme.

Daripada isu kematian suspek berbangsa India di dalam tahanan, isu roti Gardenia, hinggalah kepada isu kematian seorang pembantu Exco Selangor, Teoh Beng Hock - semuanya dilihat dari kaca mata perkauman oleh pembangkang.

Setelah Dap mengekalkan kekuasaan di Pulau Pinang dan PKR di Selangor, insiden yang menjurus kepada persoalan perkauman menjadi bertambah serius. Isu kecil yang membabitkan kantin sementara di SK Seri Pristina di Sg Buloh juga boleh dibesar-besarkan menjadi isu perkauman yang besar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...