Showing posts with label DBKL. Show all posts
Showing posts with label DBKL. Show all posts

06 September 2013

Pembangkang Guna Isu Kuil Timbul Ketegangan Kaum




Kejayaan DAP mengukuhkan kedudukan di Parlimen kepada 38 kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu menjadi petanda bahawa kemelut perkauman di negara ini akan bertambah buruk. Malah sebelum dan pasca PRU 2008 negara sudah dibelenggu dengan pelbagai isu yang dikaitkan dengan isu rasisme.

Daripada isu kematian suspek berbangsa India di dalam tahanan, isu roti Gardenia, hinggalah kepada isu kematian seorang pembantu Exco Selangor, Teoh Beng Hock - semuanya dilihat dari kaca mata perkauman oleh pembangkang.

Setelah Dap mengekalkan kekuasaan di Pulau Pinang dan PKR di Selangor, insiden yang menjurus kepada persoalan perkauman menjadi bertambah serius. Isu kecil yang membabitkan kantin sementara di SK Seri Pristina di Sg Buloh juga boleh dibesar-besarkan menjadi isu perkauman yang besar.

28 August 2013

Kerajaan Perlu Timbang Semula Untuk Wujud 'Syurga Makanan Cina'




Rancangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjadikan Jalan Alor di Bukit Bintang sebagai 'syurga makanan Cina antarabangsa' dengan peruntukan RM12 juta amat dikesali. Tidak terfikirkah pihak DBKL bahawa rancangan itu bakal melenyapkan kunjungan orang Melayu di kawasan berkenaan kerana sudah tentu makanan yang tidak halal akan dijual tanpa sekatan kecuali bagi Melayu (yang memang ramai) yang tak merasa apa-apa kerana pluralisasi yang kian meresap ke dalam jiwa anak muda Melayu.

Jika rancangan ini direalisasikan, kelak pelancong asing akan beranggapan Malaysia adalah seperti Hong Kong. Selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) berkobar-kobar ahli politik Barisan Nasional (BN) yang menang tipis dek sokongan orang Melayu menyatakan bahawa orang Melayu akan dibela kerana memberi sokongan kepada BN.

14 May 2012

PM akan umum ‘Khabar Gembira’ Buat Golongan Muda

Rata-rata yang menghadiri  program pelancaran ‘BN Pilihan Orang Muda, peringkat Wilayah Persekutuan baru-baru ini di Pusat Latihan DBKL, Bandar Tun Razak pasti mengakui dan dapat melihat betapa penuh dan ramainya hadirian yang hadir. Di anggarkan sekitar 5000 – 7000 golongan muda dari pelbagai latar belakang dan lapisan masyarakat hadir bagi menyatakan sokongan terhadap BN yang dipimpin oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Seawal jam 7.00 pagi, kelihatan anak-anak muda telah mula berpusu-pusu membanjiri perkarangan pusat latihan DBKL bagi menghadiri program pada pagi itu. Program yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyidin Yasin itu dipenuhi dengan lautan biru para hadirin yang begitu bersemangat bagi menyatakan sokongan mereka.

Rata-rata hadirin yang hadir ketika ditemui mengatakan imej, ketrampilan, dasar dan transformasi kerajaan adalah antara sebab mereka hadir bagi menzahirkan tanda sokongan ini. Dan majoriti yang ditemui menegaskan faktor utama sokongan adalah disebabkan pendekatan PM yang ‘cool’ dengan golongan muda.

TPM ketika menyampaikan ucapan perasmian, mengatakan tidak berapa lama lagi PM akan mengumumkan beberapa ‘khabar gembira’ yang melibatkan golongan muda di negara ini. Ia secara tidak langsung akan membuktikan betapa kerajaan BN begitu serius dalam memastikan golongan muda negara terus diperkasakan.

Ini kerana kerajaan menyedari, lebih kurang 46% daripada penduduk negara ini adalah tediri daripada golongan muda yang merupakan aset penting dan pewaris dalam meneruskan kesinambungan pembangunan negara. Banyak aktiviti dan program akan terus dirangka khusus untuk memperkasakan program-program bina upaya bagi membentuk generasi muda berintegriti, mapan, unggul, serta kental jiwa dan semangatnya.

Menyedari akan aspirasi serta harapan orang muda untuk negara, kerajaan BN telah bergerak untuk memenuhi hasrat tersebut di mana ia bukan sahaja melibatkan program-program pembangunan belia, malah transformasi sosiopolitik dan ekonomi demi membentuk masa hadapan yang lebih cerah.

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ketika menyampaikan titah ketika seisi pembukaan penggal ke-5, Majlis Parlimen ke-12 yang lalu juga turut mengingatkan rakyat agar yakin dengan kerajaan. Baginda juga melahirkan keyakinan golongan muda negara akan tetap dan terus bersama-sama memecah keringat serta berganding bahu dengan kerajaan untuk melakukan perubahan demi memastikan segala impian masa muka terlaksana.

Kepada golongan muda, seharusnya mengunakan segala ruang dan peluang yang ada dengan bijaksana, bak kata pepatah, kalau tinggi di angkasa jadilah garuda, kalau jatuh ke laut jadilah pulau. Usaha kerajaan dalam memartabatkan golongan muda seharusnya di dokong dan dalam masa yang sama berusaha untuk mencari peluang bagi mamajukan diri bagi memastikan kelangsungan golongan muda sebagai pewaris negara.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...