Kejayaan DAP mengukuhkan
kedudukan di Parlimen kepada 38 kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu
menjadi petanda bahawa kemelut perkauman di negara ini akan bertambah buruk. Malah
sebelum dan pasca PRU 2008 negara sudah dibelenggu dengan pelbagai isu yang
dikaitkan dengan isu rasisme.
Daripada isu kematian
suspek berbangsa India di dalam tahanan, isu roti Gardenia, hinggalah kepada
isu kematian seorang pembantu Exco Selangor, Teoh Beng Hock - semuanya dilihat
dari kaca mata perkauman oleh pembangkang.
Setelah Dap mengekalkan
kekuasaan di Pulau Pinang dan PKR di Selangor, insiden yang menjurus kepada
persoalan perkauman menjadi bertambah serius. Isu kecil yang membabitkan kantin
sementara di SK Seri Pristina di Sg Buloh juga boleh dibesar-besarkan menjadi
isu perkauman yang besar.
