25 June 2008

PENULIS YANG MELACURKAN HASILNYA UNTUK DUIT

Photobucket

RPK satu nama yang tidak asing di kalangan blogger negara ini. Kebanyakkan tulisan yang di hasilkan adalah bertujuan untuk mengkritik kerajaan dan melemparkan pelbagai tuduhan bagi melemahkan intergriti kerajaan pimpinan Pak Lah.

Dua hari lepas, RPK kembali membuat onar dengan menerbitkan akuan bersumpahnya bagi memfitnah isteri kepada Najib Tun Razak. Setelah percubaannya untuk menjatuh Najid gagal, dia beralih arah pula kepada Rosmah, kerana isteri Timbalan Perdana Menteri itu adalah sasaran yang mudah (easy target).

Setelah pilihanraya umum berlalu, dia yang semakin di lupakan harus melakukan 'come back' untuk mengelakkan namanya terus terkubur. Untuk membolehkan laman blognya terus menjadi tatapan, maka satu isu yang besar dan dapat menyakinkan khalayak harus di buat.

Jalan terbaik ialah dengan mengunakan isu Najid dan Altantuya. Persoalannya mampukah isu itu untuk ‘meletup’ seadainya tanpa sebarang dokumen sokongan. Penyelesaiannya RPK mencuba nasib dengan memberikan akuan bersumpahnya sebagai sokongan kepada tuduhannya.

Persoalanya, apakah akuan bersumpah itu boleh di guna pakai? Sedangkan menurutnya, dia hanya memperolehi isu itu melalui 'sumbernya'. Atau dalam bahasa mudah RPK hanya mendengar isu ini dari cerita orang (hearsay).

Seandainya kita berpegang kepada cerita orang, pelbagai cerita dan isu boleh di ketengahkan. Contohnya RPK sendiri pernah di cerita orang sebagai paderi melayu. Anaknya juga pernah di katakan mengamalkan seks bebas (bohsia) dan tidak bermoral.

Tapi itukan hanya cerita orang. Masakan boleh di jadikan bukti di dalam mahkamah. Mulut orang mana boleh di tutup. Kita sendiri mendengar pelbagai cerita setiap hari, namun bukan semua boleh dipercayai.

Atau RPK cuba mengambil kesempatan di atas ketelusan mahkamah ketika ini dengan menjadi hakim walaupun kes ini masih di bicarakan. Mungkin juga beliau bercita-cita menjadi Lingam versi baru untuk mempengaruhi hakim dalam membuat keputusan.

Di satu sudut lain, RPK sedar seandainya dirinya di tangkap, cita-citanya untuk memperbesarkan isu ini akan menjadi kenyataan. Benar atau tidak isu yang di tulisnya adalah persoalan yang kedua. Apa yang penting imej dan kredibiliti Najib di calarkan.

Ini kerana, seandainya di bicarakan, ia akan akan mengambil masa yang lama untuk di selesaikan. Dan lagi setiap kali di panggil ke mahkamah, dia bakal mendapat publisiti percuma dari media tempatan.

Itulah hasrat hatinya yang sebenar, menburukkan imej Najib dan UMNO, di masa yang menjadikan UMNO terus parah di mata masyarakat.

Yang mana kedua-duanya akan memberikan kelebihan dan 'mileage' kepada diri dan blognya. Sungguh licik percaturan RPK dalam mempromosikan dirinya.

Logiknya, seandainya benar RPK yakin dengan kebenaran ceritanya, mengapa tidak di hebahkan semasa pilihanraya yang lalu? Bukankah itu masa yang paling sesuai untuk menjatuhkan kerajaan.?

Mengapa harus tunggu sehingga pilihraya umum berlalu? Maka nyatalah akan niat jahat si RPK yang tersurat di sebalik akuan bersumpahnya itu.

Dari kalangan teman sealiran, penulis di fahamkan 'budak jambu' Anwar Ibrahim ini telah di bayar dengan jumlah yang besar untuk meneruskan usaha memfitnah pemimpin tertentu di dalam UMNO.

Dengan sejumlah wang yang diberikan, siapa sahaja sanggup beliau jatuhkan dan naikkan. Inilah yang di namakan 'penulis pelacur' yang melacurkan bidang penulisan bagi menagih keuntungan. Tuduhan ini ada asasnya, kerana tanpa kerja dan pendapatan tetap adalah mustahil seseorang itu mampu untuk 'survive' di zaman ini.

Lainlah beliau mempunyai mesin memproses duit di rumah, atau bapanya meninggalkan harta puluhan juta buat dirinya. Atau di belakang rumahnya mempunyai gua harta karun si Ahmad Albab, hingga membolehkan dirinya menyara keluarga tanpa bekerja.

Dan masakan RPK seorang lelaki yang dayus yang makan hasil dari sumber bini. Tetapi penulis berkeyakinan beliau bukan tergolongan dari golongan itu. Maka cakap-cakap yang mengatakan beliau sebagai 'penulis pelacur' ada asasnya.Benar atau tidak kata-kata itu, biarlah pembaca yang menilainya secara logik.

Namun, RPK bukanlah 'one men show' pasti ada dalang di sebalik wayangnya ini. Andai di lihat secara halus, objektifnya hanya satu, iaitu menjadikan UMNO terus lemah dan berpecah.

Dengan lemahnya UMNO akan memudahkan laluan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri. Dan lagi seandainya Anwar berjaya di nobatkan sebagai Perdana Menteri, akan membolehkan beliau terus menerima habuan seperti yang pernah di terimanya ketika Anwar menduduki kerusi Timbalan Perdana Menteri suatu ketika dahulu.

Kesimpulannya, untuk meletakan RPK sebagai seorang penulis hebat yang menulis untuk kepentingan rakyat tiada asasnya. Jiwanya bukan untuk mencari kebenaran tetapi untuk mencari keuntungan diri sendiri semata-mata.

Buat pembaca yang bijak, baca boleh percaya jangan......

20 June 2008

UMNO DALANG DI SEBALIK PENGUMUMAN YONG TEK LEE ???




Masyarakat Malaysia sekali lagi menerima kejutan, apabila Yong Teck Lee dari Parti Progresif Sabah (SAPP) membuat sidang akhbar semalam (18 May 2008), menyatakan akan mengemukan usul tidak percaya kepada Perdana Menteri YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Usul yang akan di bawa semasa sidang Dewan Rakyat yang akan bersidang Isnin depan bertujuan untuk mendesak agak Pak Lah melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Sekiranya isu ini benar-benar di bawa ke dalam Dewan Rakyat, satu lagi sejarah politik negara akan tercatat.

Sebaik saja pengumuman itu di buat, maka riuh rendah di kalangan ahli politik dan warung-warung kopi untuk membincangkan isu ini. Tidak cukup dengan itu penulis-penulis blog juga berlumba-lumba memberikan ulasan dan pandangan berkenaannya menurut persepktif masing-masing.

Tidak ketinggalan putera kepada Mahathir, Mukhriz juga cuba mencari publisiti politik dengan menyokong tindakan yang di buat oleh Teck Lee ini. Hasilnya isu ini semakin mendapat liputan dan menjadi semakin menarik untuk di perdebatkan.

Reaksi pemimpin politik juga tidak kurang hebatnya, baik dari pembangkang dan juga kerajaan. Di pihak kerajaan, pelbagai kritikan dan cemuhan di lemparkan kepada Teck Lee dan Mukhriz kerana di lihat sebagai penderhaka.

Dan di pihak pembangkang pula, ada yang sudah memasang angan-angan untuk menjadi menteri seandainya peralihan kuasa benar-benar berlaku dan memihak kepada Pakatan Rakyat.

Namun begitu, dalam banyak-banyak 'cerita' yang di dengar, penulis rasa tertarik untuk berkongsi dengan pembaca, pandangan peribadi penulis mengenai perkara ini. Penulis merasakan perbuatan Yong Teck Lee ini sebenarnya di dalangi oleh pemimpin dari UMNO sendiri.

Ini kerana, sekiranya benar usul ini di bawa semasa Sidang Rakyat nanti, mereka yang akan menyokongnya bukan sahaja dari pihak pembangkang. Kemungkinan besar mereka yang dari kerajaan juga akan turut mengundi usul ini terutamanya Mukhriz dan Tengku Razaleigh.

Undi pembangkang saja tidak cukup kuat untuk menjatuhkan Pak Lah, oleh itu mereka memerlukan sokongan dari ahli parlimen yang tidak sehaluan dengan perdana menteri. Dan lagi sekiranya Pak Lah 'diturunkan', ahli parlimen kerajaan terutamanya UMNO sudah pasti tidak akan membiarkan Anwar menjadi Perdana Menteri yang baru.

Maka calon lain harus di pilih sebagai Perdana Menteri, dan orang yang paling sesuai adalah Timbalan Perdana Menteri. Namun begitu, penulis tidak mengatakan ataupun menuduh Najib sebagai dalang di sebalik 'permainan' ini.

Ketua dalang di sebalik konspirasi ini, besar kemungkinan terdiri dari mereka yang mempunyai pengaruh dan kuasa di dalam sistem politik negara. Bukan perkara yang mudah untuk menumbangkan seorang perdana menteri, tanpa perancangan yang teliti usaha yang di jalankan akan gagal dengan sia-sia.

Dan lagi, seandainya gagal mereka yang telibat besar kemungkinan akan kehilangan kuasa dan karier politik mereka akan musnah begitu sahaja. Oleh itu permainan ini menuntut seorang ahli politik itu mempunyai tahap penelitian yang tinggi.

Sebagai contoh, Mukhriz dan Tengku Razaleigh bukanlah seorang yang bodoh berpolitik. Seandainya mereka ini tidak mempunyai pengaruh, masakan mereka berani untuk mengkritik dan membuat kenyataan terbuka terhadap Pak Lah.

Tambahan pula, adalah mustahil untuk Mukhriz menyokong usul ini sekiranya Anwar Ibrahim yang akan di nobatkan sebagai perdana menteri yang baru. Sejarah Anwar dan bapanya sudah cukup mengerunkan Mukhriz untuk memikirkan kemungkinan yang bakal berlaku.

DUN SANGLANG HILANG WAKIL, KEMENANGAN BUAT PAK LAH




Terharu, gembira, bersyukur, itulah antara perasaan yang di rasai oleh penulis ketika ini. Antara sedar dan tidak air mata ini hampir sahaja mahu menitis ke pipi. Apabila melihat komentar yang di berikan oleh salah seorang pengikut Pas di kaca televisyen semalam (18 Jun 2008).

"Ini adalah keputusan yang sebenar dan baik, kami amat berterima kasih kepada hakim di atas keputusan yang di buat. Selebihnya biarlah mahkamah yang menentukan kerana ia masih dalam proses perbicaraan."

Itulah antara komen yang di berikan, ketika di minta mengulas keputusan yang di buat oleh mahkamah ke atas kes DUN Sanglang. Pertamanya ini adalah merupakan kali pertama penulis mendengar kata-kata seumpama itu keluar dari mulut seorang yang bergelar pembangkang.

Dan keduanya, antara sedar atau tidak, buat pertama kalinya pembangkang sudah mula menerima perubahan yang di bawakan oleh Pak Lah. Perubahan demi perubahan yang di laksanakan ketika ini adalah merupakan antara isu yang sering di bawa oleh mereka suatu ketika dahulu.

Andai di teliti, kebanyakkan isu yang di bawa oleh mereka sepanjang pemerintahan Mahathir dulu telah banyak yang di penuhi oleh Pak Lah ketika ini. Namun ini bukan bermakna Pak Lah sudah mula gerun dengan pembangkang, tetapi mungkin merasakan apa yang dibangkitkan itu ada asasnya.

Namun untuk menyatakan sepenuhnya sokongan kepada Pak Lah adalah merupakan satu yang mustahil, kerana ia melibatkan soal ego yang ramai orang tidak mampu untuk menghadapinya. Maka jalan terbaik adalah menyatakan sokongan dengan cara yang tidak langsung.

Walaupun begitu, setidak-tidaknya mereka sudah mula sedar dan merasakan apa yang cuba di ubah oleh Pak Lah ini adalah apa yang pernah mereka suara suatu ketika dahulu dan untuk kebaikan untuk rakyat. Maka penulis merasakan pada ketika ini, itu sudah memadai. Kerana bukan satu perkara yang mudah membuatkan pembangkang menerima apa kita yang lakukan.

Untuk Pak Lah, teruskanlah dengan cara dan pembaharuan yang di bawa ini. Jangan mengalah dengan kritikan yang di lemparkan oleh mereka yang tidak sehaluan. Selagi apa yang ingin dilakukan ini betul dan untuk kebaikan rakyat.

Nabi Muhammad juga suatu ketika dahulu semasa menyampikan dakwah, menerima tentangan yang dasyat sehinggakan pernah suatu ketika, baginda di ancam bunuh oleh pihak musuh. Namun berkat kesabaran, dakwah baginda berjaya, hinggakan suatu ketika dahulu Islam pernah berjaya menguasai 2/3 dunia.

Bukan niat menyamakan Pak Lah dengan Nabi Muhammad, tapi apa yang ingin penulis sampaikan setiap kebaikan dan pembaharuan yang di bawa pasti akan ditentang oleh mereka-mereka yang berniat jahat.

Berbalik kepada isu DUN Sanglang, walaupun kemenangan BN di kerusi itu telah di batalkan oleh mahkamah. Namun di satu sudut ianya adalah merupakan kemenangan buat Pak Lah, kerana sedikit demi sedikit kepercayaan rakyat kepada kerajaan akan kembali berputik.

Dengan keputusan itu juga, intergriti badan kehakiman berjaya di pulihkan, dan membuktikan akan ketelusan perlaksanaan undang-undang di negara ini. Ia juga membuktikan tidak akan ada lagi campur tangan pihak tertentu dalam proses keadilan.

Corect.. Corect.. Corect... Syabas buat Pak Lah.


17 June 2008

DEMOSTRASI BUKAN SEBAGAI CARA ALTERNATIF




Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana memulakan perbincangan ini. Sekian lama cara kita selalunya ialah dengan menuding jari dan mencari kesalahan dan jarang di berikan pendapat dan cadangan yang bernas.

Kita tahu yang suatu ketika dulu Jepun telah mengubah cara pemakanan mereka untuk menggalakkan tumbesaran dan juga peningkatan minda. Mungkin dengan keadaan semasa ini juga sudah tiba masanya untuk kita berbuat sedemikian.

Ubah cara pemakanan kita. Untuk saya, saya sudah sekian lama jarang makan roti canai dan nasi lemak. Jika makan nasi lemak pun jarang-jarang sekali atau di buat oleh isteri saya. Oleh itu perubahan harga tidaklah di rasai sangat. Makan nasi pun hanya sekali sehari atau di gantikan dengan kentang, sayur-sayuran untuk mendapatkan "carbo diet".

Saya dari dulu lagi tidak pernah menyokong mana-mana bentuk demonstrasi kerana ia lebih memudaratkan, kerana ia boleh membawa kepada kepincangan ekonomi dan lain-lain jika tidak di tangani dengan betul. Kenapa perlu diadakan demonstrasi?

Kenapa tidak diadakan forum atau dialog untuk membincangkan tindakan yang terbaik yang harus di fikirkan bersama. Kenapakah setiap kehidupan kita ini perlu di tangani oleh pihak kerajaan? Kita boleh baca dan lihat sendiri keadaan di dunia, bukan hanya di Malaysia sahaja malah di Eropah juga.

Jadi adakah salah kerajaan ataupun sememangnya keadaan dunia kian runcing? Apakah kita masih perlu hidup dengan budaya subsidi kita di mana kita masih perlu tongkat dan bantuan untuk hidup dengan sendiri. Di manakah perginya NGO, masjid-masjid, persatuan-persatuan penduduk.

Tidak bolehkah gunakan ini sebagai forum untuk saling membantu. Atau masjid hanya akan adakan jamuan atau kenduri hanya bila ada ceramah, pada bulan ramadhan dan sebagainya.
Kepada yang berkemampuan atau ingin membantu, boleh menggunakan masjid sebagai tempat untuk menyalurkan bantuan. Bantuan bukan hanya dari segi secara percuma mungkin juga barang-barang yang boleh di jual pada harga berpatutan.

Mungkin juga tiba masanya untuk kita kurang menggunakan kenderaan. Saya pernah di beritahu bahawa lebih afdhal untuk berjalan ke masjid. Mungkin juga kita boleh kembali berbasikal untuk jarak yang dekat.

Negara-negara di Eropah sudah sekian lama berbasikal dan berjalan kaki untuk ke destinasi masing-masing. Berbanding dengan Malaysia, di sana lebih sejuk atauterlalu panas.
Pihak kerajaan-kerajaan negeri dan persekutuan perlu menyediakanprasarana yang lebih efektif, canggih dan efisyen supaya di serata Malaysia mereka akan kurang menggunakan kenderaan.

Bawa kembali tram yang menggunakan landasan dan elektrik. Kenapa ia telah di hentikan tidak pula saya tahu. Tetapi di kebanyakan negara-negara maju, tram masih di gunakan. Ia berjalan seiring dengan trafik yang lain.

Jika kita duduk dan bermuafakat untuk mencari jawapan, Insyaallah kita akan dapat tanganinya bersama tanpa perlu demonstrasi. Jika kita terus demonstrasi mungkin ada pelabur yang tak akan masuk dan yang ada mungkin akan keluar jika keadaan semakin tidak menentu untuk mereka. Spiral effect akan melibatkan berbagai pihak dan kemudian di manakah kita selepas itu?

Pekerjaan makin kurang, yang sedang bekerja terpaksa dihentikan. Pembangunan akan berkurangan dan sebagainya. Tidak perlulah kita berdemonstrasi yang hanya akan merugikan masa yang sepatutnya di gunakan untuk menjaga kepentingan keluarga dan masyarakat.

PS : Berikut adalah artikel yang dikirim melalui e-mail kepada penulis, dan menarik untuk dikongsi bersama pembaca sekalian.

11 June 2008

Azalina Mahukan Pak Lah Berundur ????

Penulis mengambil kesempatan cuti di hujung minggu ini untuk membuka blog-blog yang semakin hari semakin bersepah di dalam dunia siber ini. Di dalam banyak-banyak artikel yang dibaca, penulis tertarik untuk mengulas artikel berkenaan perjumpaan yang di lakukan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Blog tersebut mengatakan perjumpaan yang diadakan selama dua hari di Holiday Inn itu bertujuan untuk membincangkan keputusan Pilihanraya Raya Umum ke-12 yang lalu.

Ini kerana semasa pilihanraya umum yang lalu, Barisan Nasional secara jelas telah mengalami kemerosoton yang besar sehingga meneyebabkan mereka kehilangan empat buah negeri kepada pembangkang.

Semasa perjumpaan tersebut Rais Yatim di laporkan telah mengesa Pak Lah untuk berundur dengan segera dan melepaskan jawatan tersebut kepada Najib Tun Razak. Rais Yatim turut menyebut beberapa nama yang kononya bersetuju dengan cadangan yang di buat itu.

Antara nama yang disebut ialah Muhyiddin Yassin, Azim Zabidi, Azalina Othman dan beberapa orang lagi. Mereka-mereka ini kononya telah bersetuju untuk mendesak Pak lah melepaskan jawatan perdana menteri dengan segera bagi membolehkan Najib membaiki semula kelemahan-kelemahan yang ada.

Walaupun pun begitu, penulis merasa sedikit sangsi dengan kenyataan yang dibuat oleh Rais Yatim ini. Ini kerana antara nama-nama yang disebut sebagai menyokong beliau, adalah terdiri dari mereka yang dikenali sebagai ‘hardcore’ kepada pak Lah.

Terutamanya Azalina yang dilaporkan turut bersetuju untuk meminta Pak Lah melakukan peralihan kuasa dengan kadar yang segera. Sedangakan umum mengetahui Azalina adalah merupakan penyokong setia kepada Pak Lah.

Bermula dari zaman Puteri Umno kemudian peralihan kuasa di antara Tun dan Pak Lah hinggalah kepada sekarang, Azalina adalah mereka yang sentiasa bersama Pak Lah. Yang terbaru Azalina turut menyokong kenyataan yang dibuat oleh Ismail Sabri meminta Mokhzani melepaskan jawatannya di dalam SIC.

Sedangkan sekiranya benar Azalina tidak bersama-sama Pak Lah untuk apa beliau tampil memberikan kenyataan terbuka mengenai Mokhzani. Ini kerana sekiranya benar beliau tidak bersama dengan Pak Lah, kenyataan yang di lakukan itu tidak ubah seperti membunuh diri (kiasan politik). Sementelah lagi pemilihan Umno yang bakal dilakukan tidak lama lagi bakal mengakibatkan beliau tidak mendapat undi dari golongan penyokong Tun Mahathir.

Sebelum ini Azalina juga terkenal sebagai pemimpin muda yang ‘vokal’. Beliau juga sering di lihat menyelar beberapa pemimpin baik dari UMNO mahupun sebaliknya yang begitu kritis di dalam mengkritik kepimpinan Pak Lah. Oleh itu adalah suatu yang hairan untuk mengaitkan Azalina sebagai orang yang bersama-sama menyokong gesaan yang mahukan Pak Lah berundur.

Apa yang penulis faham dari maksud tersirat penulisan artikel terseut ialah, semata-mata mahu melaga-lagakan Azalina dengan Pak Lah. Dengan itu Azalina bakal kehilangan ‘kasih sayang’ dari Pak Lah. Dan seterusnya menyebabkan beliau tidak lagi diberikan kepercayaan untuk bersama-sama duduk di dalam saf kabinet.

Ada juga di kalangan rakan-rakan yang merasakan ia adalah perbuatan musuh-musuh politik Azalina yang mahu menamatkan riwayat politik peguam muda ini. Ini kerana dengar tersebarnya berita ini, berkemungkinan menyebabkan Pak Lah hilang kepercayaan kepada Azalina dan mengeluarkan beliau dari senarai ‘orang kuatnya’.

Oleh itu perjalanan politik Azalina akan menjadi pendek dan singkat. Sedangkan itu Azalina memang seorang yang setia kepada bosnya. Menurut hemat penulis, setia kepada ketua adalah prinsip yang sentiasa didokong oleh Azalina sejak dahulu lagi.

05 June 2008

KENAIKAN HARGA MINYAK, SATU KESILAPAN ?

Pengumuman Pak Lah sebentar tadi (Buletin Utama, 4 Julai 08) cukup memeranjatkan seluruh rakyat, mengenai kenaikan harga minyak sebanyak RM 0.78 sen. Keadaan ini telah menyebabkan rakyat panik, dan menjadikan stesyen minyak di negara sesak apabila diserbu oleh orang ramai.

Talian internet juga sekitar jam 1.00 pagi telah menjadi perlahan dan adakalanya langsung tidak dapat digunakan. Mungkin disebabkan terlalu ramai penguna yang mengunakan talian untuk mencari maklumat dan berbincang mengenai isu ini.

Penulis adalah antara mereka yang tidak dapat menerima keputusan ini pada mulanya. Namun setelah bertenang untuk seketika dan bermuhasabah diri, penulis akhirnya dapat menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka.

Secara dasarnya harga minyak yang di umumkan ini adalah selari dengan harga pasaran dunia, dan kerajaan tidak pernah berniat untuk membebankan rakyat. Bukan niat untuk membenarkan segala tindakan yang dilakukan oleh kerajaan waima keputusan itu mungkin di anggap sebagai tindakan yang tidak popular oleh sebilangan orang.

Sesetengah penganalisa politik mungkin akan mengatakan Pak Lah mengambil satu tindakan yang bodoh dan kurang bijak apabila menaikkan harga minyak di ketika ini. Tambahan pula kerajaan pimpinannya baru sahaja dilanda ‘tsunami politik’ semasa pilihanraya yang lalu.

Ada kemungkinan dengan tindakan ini, karier politik beliau akan menjadi pendek dan kerajaan ini bisa tumbang hasil dari amukan rakyat yang merasakan ditindas.

Namun penulis berpendapat Pak Lah adalah orang yang bertanggungjawab dan tidak takut untuk dipersalahkan. Ini kerana Pak Lah tidak mahu dipersoalkan di hadapan ‘Rabbul Jalil’ kelak kerana kegagalannya melaksanakan amanah yang telah diberikan.

Kegagalannya memimpin juga bakal mengakibatkan beliau ditemplak oleh generasi akan datang kerana kesilapan membuat keputusan.

Adalah menjadi lumrah di setiap negara, rakyat akan cuba memberontak apabila keputusan yang dibuat dilihat tidak popular. Tun Mahathir semasa pemerintahnya dahulu juga sentiasa dikritik kerana acapkali membuat keputusan yang bercanggah dari pendapat umum. Namun apabila keputusan yang dibuat akhirnya mencapai kejayaan Tun kemudiannya dilihat sebagai orang yang berfikiran jauh.

Dan jujur penulis katakan, ciri-ciri itu, ada dan dapat dilihat di dalam diri Pak Lah tika ini. Walaupun keputusan ini berat, namun untuk kepentingan negara ia harus dan perlu untuk dilakukan.

Sekiranya Pak Lah adalah orang yang mementingkan diri sendiri dan gilakan kuasa, beliau sudah tentu tidak akan mengambil pendekatan ini. Namun atas kapasiti sebagai seorang pemimpin yang memikirkan kesejahteraan rakyatnya, beliau terpaksa untuk memilih keputusan ini. Seperti kata peribaha lama, walaupun hempedu itu pahit, namun sekiranya ia adalah ubat yang mujarab ia terpaksa ditelan jua.

Ini kerana sekiranya kita melihat keputusan ini secara positif, ia sebenarnya lebih memihak kepada rakyat. Mungkin sebilangan besar pembaca tidak akan bersetuju dengan penulis dan akan melemparkan pelbagai tuduhan.

Namun sekiranya kita berfikir secara rasional dan berpandangan jauh pasti ramai yang akan mengubah persepsi mereka kepada kerajaan pimpinan Pak Lah ini.

Walaupun kerajaan memutuskan untuk menaikan harga petrol pada RM2.70 seliter, ia tetap menjadikan Malaysia antara negara yang menawarkan harga bahan api yang terendah di rantau ini. Sebagai contoh harga petrol di Singapura adalah RM 5.20 seliter.

Sebelum ini, dengan pemberian subsidi yang tinggi, rakyat negara jiran di lihat telah mengambil kesempatan di atas keprihatinan kerajaan memberikan subsidi dengan menyeludup keluar minyak negara. Tidak cukup dengan itu, sebilangan besar golongan nelayan juga turut menyalahgunakan pemberian subsidi dengan menjual minyak yang diberikan dan tidak digunakan untuk turun ke laut.

Disebabkan wujudnya mereka yang tidak bertanggungjawab ini, secara tidak langsung ia telah mengakibatkan kerajaan menangung kerugian jutaan ringgit setahun. Sedangkan wang yang begitu besar sekiranya dipulangkan kepada kerajaan sebenarnya dapat digunakan untuk sektor yang lain seperti pendidikan, golongan miskin, golongan kurang upaya dan sebagainya.

Rakyat seharusnya sedar, kerajaan sebelum ini telah banyak memberikan subsidi @ tongkat sehinggakan telah wujud satu budaya ‘manja@ mengada-ngada di kalangan kita terutamanya orang Melayu. Budaya ini akhirnya telah melahirkan satu bangsa yang tidak mampu untuk berdaya saing di persada dunia.

Akhirnya rakyat negara ini, hanya mampu berada di bawah tempurung kerajaan tanpa mampu untuk berdiri di atas kaki sendiri. Kita harusnya sedar di era globalisasi (dunia tanpa sempadan) ini cabaran dunia semakin hari semakin mencabar dan tidak lagi bersifat nasional.

Negara barat contohnya, telah lama menghapuskan budaya subsidi ini. Kerana mereka telah lama sedar subsidi yang tinggi kepada rakyat akan mengakibatkan mereka lemah untuk bersaing serta lebih banyak menyerap unsur negatif berbanding positif. Bangsa asing dunia yang maju tidak pernah mengharapkan subsidi kerajaan, namun merekalah penyumbang terbesar ekonomi negara mereka.

Apa yang penulis dapat simpulkan, apabila kerajaan mengunakan pendekataan ini di masa akan datang akan wujud satu bangsa Malaysia yang lebih bersifat global dan dinamik.

Di masa yang sama, rakyat akan belajar untuk mengubah gaya hidup mereka yang sebelum ini gemar membazir dan tidak mensyukuri nikmat yang telah diberikan oleh kerajaan. Ini kerana pegumuman yang dibuat oleh kerajaan ini akan menjadikan rakyat lebih berjimat cermat dalam meneruskan kehidupan seharian.

Golongan peniaga juga akan lebih bersifat kompotitif dan berusaha untuk memastikan perniagaan yang dijalankan mampu memberikan pulangan yang setimpal. Mereka akan lebih peka dengan keperluan semasa dan berdaya maju.

Kerajaan juga akan mampu memperolehi sumber kewangan yang tinggi serta dapat menyalurkan wang tersebut untuk sektor yang lebih memerlukan. Di samping itu, mereka yang lebih berkemampuan juga akan turut menyumbang untuk menjadikan ekonomi negara lebih mapan di masa akan datang.

Kekayaan negara juga dapat diagihkan dengan sama rata, apabila wujud keseimbangan dengan mereka yang tidak berkemampuan diberikan bantuan dan mereka yang mampu menyumbangkan kepada kerajaan.

MP INDIA DAN CINA HANYALAH PAK PACAK

Senario politik tika ini dilihat semakin hari semakin kusut dan merunsingkan. Natijah dari keputusan pilihanraya yang lalu, dilihat semakin memberikan tekanan kepada kerajaan.

Hari demi hari, pelbagai isu melanda kepimpinan Pak Lah yang mencabar kredibilitinya sebagai perdana menteri. Terbaru adalah mengenai sidang dewan rakyat yang kurang mendapat sokongan dan penglibatan ahli parlimen bukan melayu.

Ini kerana sekiranya kita merupakan penonton sidang dewan rakyat ytang dipancarkan secara terus menerus itu pasti kita akan dapat melihat kepincangan. Bagi yang gemar memerhati, pasti mengetahui apa yang dimaksudkan dengan kepincangan itu.

Penulis tidak berminat mempertikai kewibawaan ahli parlimen pembangkang, kerana umum mengetahui mereka memang tidak pernah bersetuju dengan kerajaan. Oleh itu mereka di gelarkan sebagai pembangkang.

Apa yang ingin penulis bawa ketika ini, ialah perihal ahli-ahli parlimen kerajaan yang terdiri dari mereka yang berbangsa cina dan india. Walaupun mereka tidak menkritik kerajaan sepanjang berlangsungnya sidang rakyat, tapi mereka lebih suka mengambil pendekatan berdiam diri.

Inilah suatu yang amat menyedihkan hati penulis, walaupun mereka berada di pihak kerajaan, namun di masa yang sama mereka tidak pernah tampil untuk membela kerajaan. Sepanjang aturcara sidang dewan rakyat, mereka lebih gemar melihat ahli parlimen kerajaan di asak dari pelbagai sudut oleh pembangkang.

Mereka ini seolah-olah penonton dan bukannya peserta yang bersama-sama menentang pembangkang sepanjang seisi perbahasan. Adalah benar mereka bukanlah mereka yang menentang kerajaan tapi di masa yang sama mereka juga bukan penyokong kerajaan yang ‘total’.

Tidak keterlaluan jika di katakan, mereka ini lebih merbahaya dari pembangkang. Ini kerana pembangkang secara terang menyatakan mereka tidak sehaluan dengan kerajaan, tetapi mereka ini hanya menyatakan sokongan semata-mata untuk memenuhkan kuota kerusi bagi bukan melayu.

Melayu Harus Sedar

Pada pendapat penulis, ini lebih merbahaya dan harus diberikan perhatian yang serius. Kepada orang melayu, isu ini seharusnya membuatkan mereka lebih sedar akan peri pentingnya perpaduan dan penyatuan semula.

Penulis tidak berniat untuk membawakan sentimen perkauman ataupun menyentuh isu-isu sensitif. Tapi perkara ini perlu di bincangkan bagi membolehkan melayu sedar akan nasib yang bakal menimpa seandainya mereka terus berpecah dan bercakaran sesama sendiri.

Di dalam sidang dewan contohnya, kita seolah-olah dibawa menyorot kembali pengalaman ketika zaman kanak-kanak yang gemar untuk bergaduh waima untuk isu yang remeh-temeh. Dan di masa yang sama akan ada pemerhati yang menjadi ‘orang atas pagar’ dan akan berkawan kepada mereka yang menang sahaja.

Mungkin tuduhan ini agak berat, tapi itulah yang penulis rasa di saat ini. Sidang perbahasan yang tak ubah seperti pasar dan dimasa yang sama duduk sekelompok mereka yang hanya bertindak sebagai pemerhati.

Selain dari itu, sekiranya kita memerhati perkembangan politik secara mendalam, penyokong kerajan yang di atas pagar ini juga tidak pernah memberikan sokongan yang kuat kepada kerajaan terutama kepada Pak Lah sebagai pemimpin no 1 negara.

Mereka hanya berdiri sebagai ahli parlimen kerajaann tapi bukan sebagai penyokong kerajaan. Inilah satu isu yang pada pendapat penulis lebih rumit berbanding isu yang dibangkitkan oleh Tun Mahathir.

Penulis berpendapat MP bukan melayu seharusnya lebih berprinsip dan bermaruah dengan mengamalkan budaya setia dan tidak sesekali mengkhianati kepercayaan yang telah diberikan oleh UMNO.

Mereka juga sewajarnya bersama-sama mengembling sepenuh tenaga dan usaha untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada kerajaan Barisan Nasional dan bukan bertindak sebagai pemerhati semata-mata.

Dan dengan cara itu, ia secara tidak langsung akan memberikan gambaran kepada pembangkang, walaupun Barisan Nasional mengalami ‘tsunami politik’ ketika pilihanraya yang lalu semua parti komponen masih tetap setia dengan pucuk pimpinan parti.

Akhirkata, mereka yang bergelar sebagai ahli politik negara ini, seharusnya sedar akan peri pentingnya sokongan yang padu dan taat setia kepada pemimpin bagi memastikan negara ini terus harmoni dan sejahtera.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...