Keikhlasan Exco Pelancongan Negeri Selangor, Elizabeth Wong memenuhi jemputan Menteri Pelancongan, Azalina Othman Said ke pelancaran festival tanglung Disney ‘Festive-Fun-Tasy 2008′ pusat komersial Niuzexui di Ara Damansara, wajar dipersoalkan. Sudahlah tidak hadir pada majlis tersebut, Ahli Parlimen Kelana Jaya, Gwo Burne Loh yang memenuhi undangan pula nyata dilihat tidak beretika.
Apa yang dimaksudkan dengan tidak beretika ialah, Gwo yang dijadualkan hadir sebagai tetamu kehormat nyata tidak mempunyai disiplin. Ini kerana Gwo hanya hadir apabila majlis petang itu telah bermula. Situasi ini jelas sekali memperlihatkan sikap sebenar wakil dari parti pembangkang yang jelas sekali tidak menghormati masa yang telah ditetapkan.
Dari perlakuan yang ditunjukan oleh ahli Parlimen Kelana Jaya itu juga membuktikan bahawa mereka juga tidak menghormati `title’ menteri yang disandang oleh Azalina dan juga sebagai tuan rumah yang menjemputnya ke majlis tersebut.
Dari sikap acuh tidak acuh dalam memenuhi undangan (datang lewat) itu juga secara tidak langsung memperlihatkan sikap sebenar barisan pemimpin parti pembangkang. Jelas sekali, selama ini mereka hanya pandai mengkritik dan mencari silap orang lain terutamanya wakil rakyat Barisan Nasional.
Baru-baru inipun, Ahli Parlimen Ipoh yang juga bekas ketua pembangkang, Lim Kit Siang menerusi laman webnya pernah mempersoalkan tentang kelewatan Azalina untuk mengemukakan kertas keputusan siasatan berhubung skandal Pampena.
Bermacam-macam tuduhan tanpa usul periksa yang dilemparkan oleh Ahli Parlimen Ipoh itu kepada Azalina hanya kerana kertas jawapan tersebut gagal diterimanya pada tarikh dan masa yang telah dijanjikan.
Ketidak hadiran Azalina pada persidangan Parlimen pada hari tersebut juga turut disensasikan dengan tuduhan yang kononnya menteri pelancongan itu cuba melarikan diri setelah gagal untuk mengemukakan laporan seperti yang dijanjikan. Walaupun, umum mengetahui bahawa Azalina ketika itu berada diluar negara.
Jika Azalina di berikan dengan pelbagai gelaran yang agak menjengkelkan oleh Lim Kit Siang hanya satu kesilapan yang tidak disegajakan, bagaimanapula dengan status yang di dokong oleh Gwo Burne Loh yang secara terang-terangan menghina majlis tersebut.