13 December 2012

KARPAL DICABAR TARIK KENYATAAN LIWAT




Kuala Lumpur (SGB) – Pengerusi DAP, Karpal Singh sekali lagi dicabar agar menarik kembali kenyataan yang pernah dikeluarkan sebelum ini mengenai isu liwat yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Karpal yang pada ketika itu merupakan ahli parlimen bagi kawasan Jelutung pernah membangkitkan perkara itu di dalam seisi perbahasan Dewan Rakyat ketika Mesyuarat ke-3, Penggal ke-3, Sidang Parlimen Ke-9.


Antaranya isu yang dibangkitkan, beliau mengatakan mempunyai bukti kukuh mengenai penglibatan Anwar dalam aktiviti liwat yang pada ketika itu merupakan Timbalan Perdana. 

Cabaran tersebut telah dikemukakan oleh bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari yang mengatakan tindakan Karpal menyokong individu yang pernah dituduhnya sebagai peliwat dan menyimpan 'bukti kukuh' seperti disebutkan pada Oktober 1997 itu sebagai tidak bermaruah.

Anuar turut menegaskan sehingga ke hari ini, Karpal masih lagi tidak menarik balik kenyataannya itu walaupun pernah menggesa Anwar bertaubat dalam perkara lain.

"Apakah Karpal ingin menggunakan bukti tersebut untuk kepentingan peribadi atau DAP yang mana beliau merupakan Pengerusi parti itu ketika ini?

"Apakah ini juga asas perjuangan pakatan pembangkang yang memudahkan agenda LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) meresap masuk ke negara sekarang," katanya lagi. 

Selain Anuar mantan pemangku Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak, Faizal Effendi Hasim turut menyuarakan cabaran yang sama kerana menyifatkan kenyataan tersebut telah direkodkan dalam hansard Parlimen.

Faizal melalui kenyataannya berkata, sekiranya Karpal enggan menarik kembali kenyataan tersebut maka beliau perlu mengisytiharkan bahawa pemimpin Pas (Dato Sri Hj Abdul Hadi Awang) perlu dipilih sebagi calon perdana menteri sekiranya pakatan pembangkang menang kelak. 

"Ini penting untuk membuktikan bahawa pakatan pembangkang benar-benar tidak menyokong sebarang unsur-unsur tidak bermoral bagi memilih pemimpin mereka," katanya.

Beliau turut menegaskan, walaupun DAP dan Pas boleh menerima seorang peliwat menjadi Perdana Menteri, namun secara keseluruhannya orang Melayu dan Islam di Malaysia tidak akan sesekali menerima seseorang yang mempunyai masalah moral itu untuk memimpin kerajaan.

"Parti Keadilan Rakyat (PKR) sendiri pun tidak memilih Anwar untuk jawatan Presiden PKR sebab tahu beliau akan jadi liabiliti kepada parti," katanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...