28 January 2014

Video : Keluarga Islam di Sweden dikenalpasti ambil alih hak penjagaan



STOCKHOLM: Lembaga Kebajikan Sosial Sweden memberikan kebenaran supaya empat kanak-kanak warga Malaysia tinggal bersama keluarga angkat Islam dari Malaysia.

Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno Sheikh Nafiq Alfirdaous memaklumkan dua keluarga sudah dikenal pasti dan proses pemindahan hak penjagaan sementara itu dijangka selesai dalam tempoh seminggu.

Jelas Nafiq, perkara itu dimaklumkan Pihak Lembaga Kebajikan Sosial Sweden selepas pertemuan dengan pihaknya di Stockholm pada Isnin.

“Mereka akan diserahkan kepada keluarga angkat baru dalam tempoh seminggu, setelah mendapatkan kebenaran ibu bapa mereka”, jelas Nafiq.

Empat beradik yang berusia 7, 11, 12, dan 14 tahun itu kini ditempatkan bersama keluarga angkat selepas ibu bapa Mereka Azizul Raheem Awalludin Dan Shalwati Nurshal ditahan polis Sweden sejak 18 Disember lepas.

Azizul dan Shalwati ditahan kerana didakwa memukul tangan salah seorang anak mereka yang meninggalkan solat.

Link Video : Suara TV

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...