Sekarang ini semua orang sedang kecoh memperkatakan isu perbelanjaan
RM1.6 juta untuk membawa masuk 3 kumpulan K-Pop dari Korea Selatan sempena
Himpunan Jutaan Belia 2012 tahun lepas.
Laporan Audit Negara mendedahkan kos untuk membawa 3 kumpulan U-Kiss,
Teen Top dan Dal Shabet ditanggung oleh kerajaan sedangkan Menteri yang
bertanggungjawab ketika itu, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyatakan ianya ditaja
oleh pihak swasta.
