Helikopter Agusta A-109 milik Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) yang rosak teruk selepas mendarat cemas di kawasan berhutan berhampiran Empangan Bekok Khamis lepas telah berjaya dibawa keluar hari ini.
Menurut sumber-sumber tentera, helikopter peninjau ringan itu berjaya dibawa keluar dari lokasi kemalangan itu kira-kira 4 petang tadi menggunakan aset-aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
