Showing posts with label Bahasa. Show all posts
Showing posts with label Bahasa. Show all posts

25 August 2013

Pergi Mampus Sama Dong Zong, Teruskan PPPM




TimbaIan Perdana, Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberikan isyarat yang jelas bahawa kerajaan sama sekali tidak akan tunduk dengan tekanan yang dibuat oleh Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) berhubung Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Sememangnya ketegasan itu wajar kerana rakyat semakin muak dengan mainan Dong Zong yang tidak sudah-sudah dengan pemikiran sempit mereka.

Biar pun sudah berkali-kali diperjelaskan bahawa tiada agenda dalam PPPM untuk menghapuskan bahasa Cina dan sekolah jenis kebangsaan Cina tetapi persatuan itu terus juga buat-buat tidak faham. Sebab itulah, bukan kata Muhyiddin malahan kita juga mempersoalkan apakah sebenarnya yang Dong Zong mahukan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...