Rempuh dan ragut. Itulah modus operandi digunakan lelaki berusia 30-an untuk meragut mangsanya dipercayai aktif sejak tiga bulan lalu.
Dalam kejadian terbaru di kawasan perumahan di Batu 9 Cheras, di sini,jam 8 pagi semalam, lelaki terbabit yang menunggang motosikal seorang diri dilapor merempuh kereta sorong bayi berusia sembilan bulan sebelum cuba meragut ibunya.
