Showing posts with label Elak Fitnah. Show all posts
Showing posts with label Elak Fitnah. Show all posts

05 September 2013

Suami Minta Ina Naim Pakai Purdah




Bekas penyanyi Ina Naim kini tampil dengan imej purdah sejak empat bulan lalu selepas diminta suaminya yang juga penyanyi nasyid iaitu Mohd Suhaimi Saad. 33. Ina atau nama sebenarnya Nordiana Md. Naim, 29, berkata, pada mulanya dia kurang selesa dengan imej itu tetapi selepas hampir empat bulan memakainya, dia sudah mula serasi dan tidak bermasalah dalam melakukan segala aktiviti harian.

"Alhamdulillah saya sudah pun melalui fasa baharu dalam hidup sebagai umat Islam. Lagipun hukum berpurdah itu sunat dan apabila suami meminta saya untuk berubah imej, saya akur. Kiranya saya lakukan ini semua kerana Allah dan suami," katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...