Baru-baru ini, Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi
Ideris telah mengkritik kepimpinan dengan keras sehingga mendesak kepada peletakan
jawatan. Alasan beliau, desakan itu adalah bersandarkan keputusan PRU-13 yang
diterjemahkan daripada strategi yang salah akibat terlalu menagih undi kaum
Cina.
Hujahnya, walaupun sudah terang lagi bersuluh
bahawa strategi tersebut salah, namun kepimpinan masih menggunakan strategi
sama iaitu mengutamakan kaum Cina dan memberi peruntukan berlebih-lebihan
kepada sekolah vernakular.
