Showing posts with label Farah AF Bangkrap. Show all posts
Showing posts with label Farah AF Bangkrap. Show all posts

13 September 2013

Isu Bangkrap : Farah AF Gagal Dihubungi @imFarahDiana




Setelah industri hiburan dikejutkan dengan berita penyanyi kumpulan Mojo, Aweera yang diisytihar muflis, tiba-tiba muncul isu penyanyi kelahiran Akademi Fantasia musim kedua, Farah Anuar yang didakwa muflis menerusi sebuah keratan akhbar.

Menurut keratan akhbar tersebut yang tersebar di laman internet, nama sebenar Farah iaitu Farah Diana Binti Anuar sama dengan apa yang tertera dalam keratan akhbar tersebut. Tarikh lahirnya juga sama seperti yang diketahui oleh umum iaitu 25 Januari 1985. Alamat dalam keratan akhbar itu juga memaparkan yang Farah tinggal di Putrajaya, sama seperti yang diketahui oleh khalayak ramai.

12 September 2013

Bukti Gambar : Farah AF Di Istihar BANGKRAP @imFarahDiana




Kecoh dibeberapa laman forum dan blog yang mendakwa seorang artis kelahiran Akademi Fantasia musim kedua iaitu Farah Diana Binti Anuar atau lebih dikenali sebagai Farah AF telah dikenalpasti sebagai bankrup. Gosip ini bermula apabila seorang forumer daripada forum Cari telah menghantar keratan akhbar yang mendakwa Farah AF telah muflis. Berikut adalah penerangan keratan akhbar tersebut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...