Kerajaan
mempertimbangkan penggunaan semula petrol RON92 yang ditarik daripada pasaran
pada 1 September 2009 untuk memberi pilihan kepada pengguna membeli petrol pada
harga lebih murah.
Menteri Perdagangan
Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek berkata kajian
sedang dijalankan dan akan diputuskan tidak lama lagi.
“Kita menerima
cadangan pelbagai pihak termasuk mengkaji semula penggunaan petrol RON92,”
katanya.
