Majlis Belia Negeri
(MBN) Kedah menyangkal dakwaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
yang menyifatkan pendekatan kerajaan negeri dalam menangani isu berkaitan Kolej
Universiti Insaniah (Insaniah) seolah-olah cuba menguburkan institusi pengajian
berkenaan.
Bendaharinya, Shahrol
Niza Omar berkata, pihaknya melihat kenyataan yang dibuat Nik Abdul Aziz itu
hanyalah sebagai cubaan untuk mengelirukan rakyat serta bermotifkan politik.
