![]() |
| Mayat Onoja Sedang Dibawa Ke Hospital Untuk Bedah Siasat |
Seorang
ahli perniagaan di Nigeria dilaporkan telah meninggal dunia selepas DIROGOL
oleh lima daripada enam isterinya. Menurut Daily Mail, Uroko Onoja sebelum itu
leka berpesta di sebuah bar di Ugbugbu, Nigeria sehingga awal pagi.
Namun
apabila pulang ke rumah, dia memutuskan untuk mengadakan hubungan seks dengan
isterinya yang paling muda. Disebabkan perasaan cemburu, lima isterinya yang
lain telah meluru masuk ke dalam bilik tidur Onoja dengan bersenjatakan pisau
dan kayu. Kelima-lima isterinya itu, kemudiannya telah memaksa Onoja untuk
mengadakan hubungan seks dengan mereka.
